Thursday 10 December 2015

Muhyiddin sedia ‘dipancung, dicincang’...Tak apa,Yang mustahak, rakyat tahu apakah tindakan saya itu betul?

Khamis, 10 Disember 2015

Muhyiddin sedia ‘dipancung, dicincang’

 | December 10, 2015
Muhyiddin tidak menolak, perjuangan solonya dalam UMNO boleh membawa beliau berdepan dengan pelbagai tindakan.
muhyyiddin,umno
PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak kisah dengan situasi beliau dilihat bersendirian dalam perjuangannya .
Malah tambahnya, beliau bersedia dengan apa sahaja respon kesan daripada tindakannya itu.
“Saya mungkin ada tindakan nak dipancung, dicincang saya…tak apa. Yang mustahak, rakyat tahu apakah tindakan saya itu betul ataupun atas sebab-sebab tertentu,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Online.
Malah beliau juga dilaporkan berkata, ahli-ahli UMNO pada masa kini tidak vokal sepertinya mungkin kerana bimbang dipancung sepertinya.
“Saya percaya ahli UMNO ada perasaan, mereka tahu, mereka cerdik tapi mungkin kerana suasana politik yang dihadapi hari ini, mereka tidak rasa lebih bersedia dan terbuka untuk menyatakan hasrat mereka atau wujudnya satu politik ketakutan.
“Kalau saya bersuara, nanti saya akan dipancung…tengok Tan Sri Muhyiddin, dia sudah kena pancung. Jadi, untuk selamat dan tidak diganggu, maka berdiam’.
“Ini satu masalah besar bagi kita. Parti ada hak tetapi ahli parti tidak boleh menggunakan hak. Jadi, sebab itu kita tenggelam daripada berhadapan dengan realiti, rakyat lihat ‘eh apa dah jadi dengan UMNO?
“Ahli bertanya, arah tuju mana kita pada hari ini? Banyak juga yang rasa bimbang jika sokongan kita sudah merosot dan kita kalah dalam pilihan raya,” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena