Friday, 11 December 2015

Najib, Hadi bakal bertemu minggu depan...& Budaya ‘Cash is king’ semakin parah dalam Umno.

Sabtu, 12 Disember 2015
Untitled
Najib, Hadi bakal bertemu minggu depan ‘rintis silaturahim’
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Disember, 2015.

Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas presiden Umno itu menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS. 

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTV malam ini berkata kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar. 

Puad berkata Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Hadi akan menyampaikan ucap utama. 

"Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya," katanya di Kuala Lumpur. Puad turut berpendapat pertemuan 2 pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden Umno itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu. 

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2015 semalam berkata Umno menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya. Puad berkata perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik Umno. 

Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama Umno, katanya. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

‘Cash is king’ parah dalam Umno
ngsueelim

Budaya ‘cash is king’ seperti didakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan parti itu terus bergelumang dengan politk wang hingga mengakibatkan segelintir pemimpin mendiamkan diri berbanding mendedahkan kebenaran. Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, budaya yang kian parah itu mengakibatkan pemimpin UMNO lebih ‘berminat’ menjaga kedudukan mereka berbanding mempertahankan hak rakyat. 

“Kebenaran dalam pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah boleh diukur dengan tunai (wang) bagi menutup segala kebenaran dan perwakilan Majlis Tertinggi dikawal melalui ‘cash is king’. “Dengan cara itu, pimpinan termasuk Majlis Tertinggi tidak akan bersuara walaupun ada perkara yang tidak kena berlaku dalam pentadbiran. 

“Mereka akan tetap mendiamkan diri bukan kerana mempertahankan hak rakyat tetapi (demi) jawatan serta tembolok sendiri,” katanya kepada Selangor Kini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa budaya ‘cash is king’ harus dielakkan dalam mentadbir kerajaan, di sini, hari ini. 

ADUN Skinchan itu berkata, rakyat perlu bangkit menolak budaya politik tidak sihat termasuk ‘cash is king’ yang diamalkan Barisan Nasional (BN). 

Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan Najib dalam skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion selepas digugurkan daripada kabinet. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena