Wednesday, 9 December 2015

PKR cabar Khairy letak jawatan jika serius bantah kenaikan harga...Apa lagi akan NAIK? DARAHHHH rakyat akan naik PRU14!

Rabu, 9 Disember 2015
18 hrs 
 

Pernah nampak tak katak mati mati kena lenyek dengan tayar di atas jalanraya..

Apa korang nak buat bila terjumpa 'katak' nanti..

Inilah harapan rakyat bakal PM Malaysia slps Najib...
18 hrs 
 

Syukur.. Bila BN Menang RAKYAT SEKARANG DAH SEMAKIN SENANG GILA2.. subsidi gula dan petrol dah dihapuskan, mkn kat kedai mamak tak kena GST, tol pon dah murah giler2.... Peh mana nak dapat weh KERAjaan gila camni...


PKR cabar Khairy letak jawatan jika serius bantah kenaikan harga 
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu membuktikan kesungguhannya membela nasib rakyat dengan meletakkan jawatan bagi membantah dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2015.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu membuktikan kesungguhannya membela nasib rakyat dengan meletakkan jawatan bagi membantah dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Disember, 2015. 

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, pengakuan Khairy yang mendakwa sering bersuara tentang kenaikan harga barang dalam mesyuarat Kabinet tetapi tidak membantah walau sekali pun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuktikan beliau sebenarnya mempertahankan Najib dalam perkara itu.
"Sebab itu, saya berharap Khairy berhenti daripada cuba meraih simpati rakyat di gelanggang sendiri seperti di perhimpunan agung Umno.
"Jika beliau betul-betul mahu membela rakyat dan ada maruah, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dengan kadar segera sebagai bantahan kepada dasar-dasar pentadbiran Najib yang beliau sendiri akui menekan rakyat.
"Saya percaya jika beliau meletakkan jawatan, tindakan itu boleh menggoncang kedudukan Najib dan mempercepatkan lagi beliau turun daripada kerusi perdana menteri," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi yang juga naib presiden PKR turut menggesa menteri belia dan sukan itu menyatakan sedikit sokongan kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang mengkritik operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun Najib.
"Pun begitu, saya tidak begitu yakin Khairy akan berani mengambil tindakan-tindakan sebegini.
"Paling kurang, saya berharap beliau sanggup berdebat secara terbuka mengenai isu-isu rakyat dan orang muda dengan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini," katanya.
Khairy hari ini menegaskan Putrajaya tidak seharusnya menaikkan lagi harga barangan dan perkhidmatan kerana rakyat sudah lagi tidak mampu menanggung beban peningkatan kos kehidupan. 
Dalam ucapan dasar ketua Pemuda sempena perhimpunan sayap itu pada Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata pihaknya turut membantah kenaikan harga tol selepas ini. – 9 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-cabar-khairy-letak-jawatan-jika-serius-bantah-kenaikan-harga#sthash.07i9TEr9.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena