Tuesday 2 February 2016

Lantak korang la...Semuanya GAME Najib yang terdesak! Makanya isu Mukhriz ini ditimbulkan?

Rabu, 3 Februari 2016
selamat hari raya photo: Yo!!! Selamat Hari Raya 19Ryz73wL.gif

Individu yang tak gilakan jawatan MB Kedah, TIBA-TIBA dilantik sebagai MB Kedah mengantikan Mukhriz Mahathir..

Ha!! Ha!! Ha!!...

TIPS PALING MUJARAB & CEPAT..

Sapa2 nak 'tak gilakan jawatan MB' cuba-try-test modus operandi ini.. Tak memerlukan kos yg tinggi & tak membazir berjuta2 ringgit duit rakyat buat pilihanraya..
53 mins


47 mins · Edited 

Tak Tau Malu ! Nak tidur balik umah !

Isu singkir Mukhriz itu adalah ‘hukum karma’ atas perbuatan Tun Mahathir, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad..

Ha!! Ha!! Ha!!... Lantak korang la..
9 hrs

Umno Kedah VS Mukhriz - Semuanya GAME Najib Yang Terdesak !

Semalam riuh kisah Ketua2 Bahagian Umno Kedah mengadakan sidang akhbar menuntut supaya MB Kedah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan orang lain. ( Mkini )

Respon spontan saya adalah - Apa game Najib ni ?

Saya tidak percaya tindakan Ketua2 Bahagian Umno Kedah itu dilakukan tanpa restu dari Najib ! Bukan benda kecil ni ... Kesannya besar kepada lanskap politik terutamanya kepada survival politik Najib sendiri.

Jadi amat mustahil mereka bertindak sendirian tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Najib dan amat mustahil perkara sebesar ini tidak dibincangkan terlebih dahulu oleh Najib bersama para penasihatnya. 

Tapi diteruskan juga tindakan itu ...... Why ? Kenapa ?

Kerana itu saya lebih suka menilai apa yang ada disebalik tindakan mereka itu.  Semuanya adalah POLITIK dan ini termasuk tindakan Umno Kedah itu. 

Saya ingin kongsi status FB seorang rakan Tanjak Pusaka untuk kita sama2 renungkan -

Ada beberapa perkara berkaitan isu desakan pengguguran Dato Seri Mukhriz yang dilihat boleh beri political mileage kepada Najib dan juga bermaksud sebaliknya;

1) Nak tutup isu lain (TPPP dan 1MDB) - Kita tahu AG baru je reject IP daripada SPRM dan kini hangat dibincangkan begitu juga TPPA. (Kemungkinan himpunan Bantah TPPA akan diadakan pada 23 Jan ini)

2) Konon nak jadi hero dan prihatin dgn umum beliau akan kekalkan Mukhriz - Najib akan umum Mukhriz dikekalkan dan nasihati Ketua-Ketua Bahagian yang desak Mukhriz agar beri sokongan padu kepadanya. Salah satu cara juga untuk ambil hati Tun M.

3) Najib tidak akan terburu-buru bertindak sama sepertimana dilakukannya ke atas Muhyiddin Yassin. Masih tidak memecat Muhyiddin sebaliknya memencilkan kuasa bekas TPM itu dalam parti. Maka jadila Muhyiddin "King of Nothing".

4) PRN Sarawak semakin hampir - Pagi ini Adenan Satem berjumpa dgn Najib dan hal PRN Sarawak adalah fokus utama BN. Agak sukar untuk Najib beri tumpuan dan ambil keputusan tentang kedudukan Mukhriz. Silap haribulan boleh bagi impak kepada prestasi BN nanti.

5) Mendapatkan respons pembangkang khasnya PAS dalam isu ini. Apa tindakan dan langkah susulan PAS serta lain-lain parti terhadap perkembangan terbaru ini.

6) Menguji sejauhmana kekuatan politik dan pengaruh Mukhriz. Ini membolehkan langkah tertentu diambil bagi memastikan karier politik anak Tun Dr. Mahathir itu tidak mengatasi pemimpin atasannya menjelang pemilihan parti akan datang.

7) Pelan ke arah Kerajaan Perpaduan. Kemungkinan PAS bakal mentadbir semula Kedah sebagai salah satu formula ke arah agenda tersebut.

Namun, walau apa pun langkah yang Najib ambil waima benda tu positif, graf kebencian dan penolakan rakyat terhadapnya tetap tidak akan berubah malah akan meningkat. Rakyat mahu Najib berundur sebagai PM. Noktah.

Dalam keadaan terdesak, saya percaya Najib tidak mampu beri tumpuan kepada isu2 lain kecuali satu saja, iaitu SURVIVAL POLITIK PERIBADINYA. Najib tidak ada masa maupun semangat untuk fikirkan perkara lain. Tekanan ke atas masalah2 peribadinya terutama dalam kes RM2.6 bilion dan 1MDB semakin kuat dan tumpuan rakyat sepenuhnya diberikan kepada isu2 itu.

Kalau sebelum ini masa masih memihak kepada Najib. Beliau masih boleh beli masa untuk bernafas tapi ruang pernafasan itu semakin sempit. 

Pelbagai dateline yang diberikan kepada pelbagai isu semakin ke penghujung. Najib semakin terdesak.

Makanya isu Mukhriz ini ditimbulkan !

Point utama saya adalah - Semuanya Game Najib. MUSTAHIL perkara sebesar ini berlaku tanpa pengetahuan dan restu dari Najib terlebih dahulu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena