Thursday, 2 August 2018

[Video ADUN Seri Setia meninggal dunia] Azmin jadi barua Mahathir pasai apa? Anwar: Itu bukan suara saya.

Jumaat, 3 Ogos 2018

ADUN Seri Setia meninggal dunia

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri (ADUN) Setia Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia sebentar tadi.

Setiausaha Kanannya Zafrullah Aris berkata allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:28 petang tadi di Hospital Putrajaya.

Zafrullah berkata, jenazah exco kerajaan Selangor itu akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

“Semoga almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Zafrullah.

Sebuah akhbar Cina kelmarin melaporkan Shaharuddin menghidap barah kolon.

Susulan kematian itu, pilihan raya kecil harus diadakan di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum ke-14, Shahruddin menang besar dengan mendapat 29,250 undi.

Beliau mengalahkan calon BN Yusoff M Haniff yang memperoleh 9,878 undi, calon PAS dengan 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran dengan 217 undi.

kinitv.com

Azmin jadi barua Mahathir pasai apa? ― Anwar

The Star Online



Anwar: Itu bukan suara saya

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau adalah individu dalam rakaman audio yang mengkritik keras Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Umum PKR itu berkata beliau bukanlah seorang yang menggunakan bahasa kesat, seperti percakapan dalam rakaman itu.
"Saya tak guna bahasa kesat. Garang-garang saya pun, istilah 'barua' (saya) tak pernah pakai," katanya ketika ditemui pemberita dalam program ceramah di Bandar Puteri, Selangor, malam ini.
Beliau berkata rakaman tersebut mungkin sebahagian 'permainan politik" menjelang pemilihan PKR tak lama lagi.
"Ia tidak sihat...mereka sepatutnya lawan saya secara terbuka," katanya.
Hari ini tiga rakaman pendek - kurang 10 saat - yang didakwa suaranya tersebar di WhatsApp.
Dalam rakaman itu, suara mirip Anwar menyifatkan Azmin sebagai "barua Mahathir".
Suara itu juga berkata dia menyuruh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melawan Azmin dalam pemilihan PKR, serta mengkritik Mahathir atas pelantikannya sebagai pengerusi Khazanah Nasional dan membangkitkan semula skandal pertukaran wang asing (forex) pada 1990-an.
Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak memberi sebarang ucapan selepas pengumuman Khazanah kecuali ketika berkempen untuk PRK Sungai Kandis.
Ketika ditanya sama ada rakaman itu bertujuan merosakkan hubungan dalam HARAPAN, beliau berkata mereka tidak terlalu bodoh untuk mudah mempercayai rakaman itu.
Anwar ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan skandal Forex berkata Mahathir tidak memberi sebarang arahan kepada Bank Negara untuk terbabit dalam pasaran tukaran wang asing.
Rakaman suara itu muncul di saat spekulasi Azmin mungkin bertanding jawatan presiden PKR, serta dakwaan cubaan Mahathir dan lingkarannya untuk menekan kemajuan politik Anwar.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Maaf... Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui pemasangan nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Biarlah Orang pada ngomong itu musrik hanya tuhan yg tau. mungkin ini salah satu jalan rejeki sy. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena