Thursday 2 August 2018

[Video 4 alasan Rafizi mahu jadi timbalan presiden PKR] Dulu video lucah, la suara lucah, modus operandi sama saja! 'Bangsat2' sudah mula mengerakkan memecah belahkan PH.

Jumaat, 3 Ogos 2018

Image result for Anwar: I don't use words like 'barua'...

Trouble in Paradise



Dulu video lucah, la suara lucah, modus operandi sama saja... 
Beberapa rakaman audio pendek yang mengejutkan tersebar di media sosial, di mana suara yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam Datuk Seri Azmin Ali dan mengakui beliau meminta Rafizi Ramli mencabar timbalan presiden PKR itu.

 “Sebab itu saya suruh Rafizi lawan Azmin sebab Azmin nak jadi barua kepada Mahathir,” demikian menurut suara yang sangat menyerupai ketua umum PKR itu. 

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PKR menyangkal dakwaan dalam klip audio itu dengan menyifatkannya “palsu”. 

Dalam maklum balas segera, Rafizi yang menyasarkan jawatan disandang Azmin dalam pemilihan parti akan datang berkata, suara itu bukan Anwar dan beliau “amat pasti” dengannya. 

“Suara Anwar lebih bariton,” kata naib presiden PKR itu. 

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata rakaman audio itu ialah kerja orang “tidak bertanggungjawab” untuk mencipta “maklumat salah” menjelang pemilihan parti. 

“Tujuannya ialah mewujudkan perpecahan dan ketidakharmonian dalam parti,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu. 

Klip audio itu dipercayai dirakam tidak lebih 3 hari kerana ia turut membangkitkan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai Khazanah Nasional Berhad susulan peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan itu pada 26 Julai lalu. 

“Dia lantik diri dia jadi pengerusi Khazanah. Apa ni, rakyat rugi, MAS rugi, Khazanah rugi.” 

Satu lagi klip audio berbunyi: “Dulu dia tuduh saya liwat…dia jangan lupa, apa jadi pada kes forex dia RM30 bilion” merujuk kerugian dialami Bank Negara akibat urus niaga mata wang asing pada 1990-an, ketika Dr Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri. 

Isnin lalu, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi Khazanah bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan 31 Mei lalu, manakala Azmin sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu. - fmt 

Kalau nak tiru suara, buat la betul-betul. Dah la lenggok tak betul, teran suara suara pun macam orang menahan kentut. - Makhtar Mansor 

Bangsat2 sudah mula mengerakkan memecah belahkan PH. - Dori Yaki 

Tumpang sekole.

1 comments:

Unknown said...

Maaf... Sy tidak tau apa ini cara kebetulan saja atau gimana. Yg jelas sy berani sumpah kalau ada ke bohongan sy sama sekali. Kebetulan saja buka internet dpt nomer ini +6282354640471 Awalnya memang sy takut hubungi nomer trsebut. Setelah baca-baca artikel nya. ada nama Mbah Suro katanya sih.. bisa bantu orang mengatasi semua masalah nya. baik jalan Pesugihan dana hibah maupun melalui pemasangan nomer togel. Setelah sy telpon melalui whatsApp untuk dengar arahan nya. bukan jg larangan agama. Tergantung dari keyakinan dan kepercayaan saja. Biarlah Orang pada ngomong itu musrik hanya tuhan yg tau. mungkin ini salah satu jalan rejeki sy. Syukur Alhamdulillah melalui bantuan beliau benar2 sudah terbukti sekarang. Amin

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena