Thursday 6 September 2018

[Video Halimey Calon PH-Zahid Hamidi Sendiri Bagitahu Saya Dia Yakin PAS Kalah di Seri Setia] 3 persoalan tentang kerjasama PAS-MCA di Balakong & Daim puji DAP sanggup korban lambang ‘roket’ demi negara.

Jumaat, 7 September 2018

3 persoalan tentang kerjasama PAS-MCA di Balakong

Jika tiga presiden terawal MCA; Tun Tan Cheng Lock, Tun Dr Lim Chong Eu dan Tun Tan Siew Sing masih hidup, mereka pasti terkejut dengan kerjasama antara MCA/Umno/PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mengembalikan rejim yang rasuah, salah guna kuasa dan tidak mempunyai rekod yang baik sebelum ini.
Tiga soalan yang bermain-main di fikiran rakyat Malaysia adalah:
Pertama, mengapa PAS mahu membantu MCA di PRK Balakong.
Pada PRU 9 Mei, calon dari DAP dan Pakatan Harapan Eddie Ng untuk DUN Balakong memperoleh 41,768 undi sementara calon MCA mendapat 6,230 undi dan calon MCA mendapat 5,874 undi. Ini menunjukkan bahawa calon PAS mendapat lebih undi berbanding calon MCA, meskipun kedua-dua mereka kehilangan deposit.
Adakah calon MCA bertanding hanya untuk mengekalkan depostinya dalam PRK ini?
Namun, yang menghairankan adalah mengapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang bimbang calon MCA berisiko kehilangan deposit pada PRK tersebut tanpa bantuan PAS, sehingga mengarahkan pemimpin kanannya seperti Setiausaha Agung PAS untuk berkempen bagi pihak MCA pada PRK ini?
Adakah ini petanda bahawa kerjasama MCA/Umno/PAS akan terbentuk pasca PRU14?
Kedua mengapa MCA meminta bantuan pemimpin Umno yang mengisytiharkan bahawa selepas PRU14, orang Melayu kononnya hilang kuasa politik, DAP kononnya adalah musuh orang Melayu dan Islam dan DAP kononnya mahu memansuhkan institusi Raja-raja Melayu dan menubuhkan negara Republik – membawa politik perkauman, agama, kebencian, ketakutan dan pembohongan yang tidak bertanggungjawab dan bahaya sehingga ke tahap yang lebih ekstrem daripada sebelum PRU lalu.
Adakah pemimpin MCA bersetuju dengan kepalsuan dan pembohongan yang dilaungkan pemimpin Umno? Adakah pemimpin MCA berani menegur pemimpin Umno supaya berhenti menyebarkan penipuan atau menghalang mereka daripada hadir ke ceramah anjuran MCA di Balakong?
Bagaimana pemimpin MCA boleh meminta bantuan pemimpin Umno yang mendakwa orang Melayu hilang kuasa politik tetapi dalam masa sama menuduh DAP meminggirkan kepentingan dan hak orang Cina di Malaysia?
Ketiga, mengapa MCA begitu terdesak sehingga perlu meminta bantuan daripada PAS untuk mengelak kehilangan deposit dalam PRK Balakong?
Selain tiga presiden terawal MCA, Tun Tan Cheng Lock, Tun Dr Lim Chong Eu dan Tun Tan Siew Sing yang pastu terkejut dengan kerjasama antara MCA/Umno/PAS, terdapat enam lagi presiden MCA yang masih hidup. Adakah mereka menyokong kerjasama tersebut? Menarik untuk kita dengar pandangan mereka berhubung isu itu.
*Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada Khamis, 6 September 2018 di Kuala Lumpur.

Daim puji DAP sanggup korban lambang ‘roket’ demi negara

Ketua Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin dalam satu wawancara semalam memuji DAP kerana sanggup mengetepikan lambang roket pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menyifatkan langkah itu sebagai satu pengorbanan, beliau berkata, ia juga menunjukkan DAP bukanlah sebuah parti yang berlandaskan perkauman tetapi sebaliknya meletakkan kepentingan negara mengatasi perkara lain.
“Lihat DAP bersedia berkorban, MCA sanggup atau tidak? Tidak sanggup, ini cara kita main.
“DAP dulu orang Melayu tidak boleh terima, tapi bila datang kepentingan negara dia sanggup berkorban. Tidak guna simbol dia, itu pengorbanan,” kata bekas menteri kewangan itu dalam wawancara secara langsung di TV3.
Terdahulu, Daim ditanya mengenai kesanggupan parti komponen PH iaitu DAP untuk akhirnya sanggup meninggalkan lambang roket dan menggunakan logo PKR pada PRU14 lalu.
PRU 9 Mei menyaksikan Umno-Barisan Nasional (BN) tumbang buat pertama kali dalam sejarah negara, sekali gus memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR, Amanah dan Bersatu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena