TKO 3-0, kemenangan buat rakyat..
Alhamdulillah.. Selepas kemenangan di PRK Sg.Kandis, Pakatan Harapan sekali lagi berjaya mempertahankan bukan sahaja satu, tapi dua kerusi pada PRK kali ini..
Calon Pakatan Harapan (KEADILAN), Halimey A Bakar berjaya mempertahankan kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 4,027 undi menewaskan calon PAS, Dr Halimah Ali..
Di DUN Balakong pula calon Pakatan Harapan (DAP), Wong Siew Ki berjaya menumbangkan calon MCA (BN), Tan Chee Teong dengan majoriti 18,533 undi..
Ini jelas menunjukkan rakyat kini sudah tidak mahukan Barisan Nasional mahupun parti komponennya seperti UMNO, MCA, GERAKAN dan MIC..
PAS pula telah masuk perangkap apabila dengan terbuka menyokong calon MCA sehinggakan ahli PAS di DUN Seri Setia memboikot PRK berkenaan.. Malah selepas PAS mengumumkan kerjasama dengan UMNO dan MCA, ramai ahli PAS bertindak meninggalkan parti berkenaan..
Terima kasih kepada para pengundi.. Terima kasih kepada yang berkempen samada yang turun terus ke kawasan PRK mahupun yang berkempen melalui media sosial.
Tumpang sekole.
Ha ha...lebai lebai memang lebai ketayap terbukti ...dah cukuplah penipuan kamu. Ramai sudah benci Pas. Walaupun seluruh jentera Pas diturunkan dgn bantuan UmnoBN hanya boleh dapat 41% sahaja. PRU15 pun jadi bagini shj. Lupa selama lama Putra jaya.
Bersama Daim Zainuddin bincang perihal situasi ekonomi semasa.
Benarkah Anwar Ibrahim sertai kabinet Kerajaan Pakatan Harapan pada Jun 2019?
Setelah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, Anwar Ibrahim kini melangkah setapak lagi untuk menuju cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Beliau dijangka akan kembali menjadi Ahli Parlimen pada Oktober ini.
“Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke Parlimen, insya Allah jika menang pilihanraya kecil sebelum hujung tahun ini…mungkin Oktober,” kata Anwar dalam temubual dengan sebuah portal berita.
Meskipun beberapa Ahli Parlimen PKR dilaporkan sedia menawarkan kerusi mereka untuk Anwar, tetapi beliau sehingga ini belum lagi membuat keputusan kawasan mana yang akan dipilihnya.
Cuma yang pasti, beliau tidak akan bertanding di Pandan atau Permatang Pauh kerana kedua-dua penyandang kerusi itu, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah telah membuat kenyataan mereka tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing demi untuk memberi laluan kepada Anwar.
Di mana pun Anwar bakal bertanding, kecuali jika ada Ahli Parlimen yang meninggal dunia, yang pasti satu pilihanraya kecil akan berlangsung pada Oktober nanti.
Sementara itu, bukan menjadi rahsia lagi kerana sudah menjadi perbualan ramai dalam PKR bahawa selepas menjadi Ahli Parlimen, Anwar dikatakan akan segera menyertai kerajaan seawal Jun 2019.
Ia dilakukan dengan Dr. Wan Azizah diberitakan sudah sedia untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri yang didudukinya sekarang.
Ini bermakna Dr. Wan Azizah hanya memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan selama setahun saja sejak mengangkat sumpah pada Mei lalu.
Dengan menjadi Timbalan Perdana Menteri semula, secara tidak langsung Anwar akan bergandingan buat kali kedua dengan Tun Mahathir Mohamad dalam mentadbir negara seperti ketika mereka bersama-sama dalam UMNO dahulu sebelum hubungan itu berakhir pada 2 September 1998.
Kembalinya Anwar dalam kabinet juga dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan pimpinan Tun Mahathir kerana majoriti anggota kabinet yang ada sekarang adalah muka-muka baru yang tidak pernah ada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan.
Selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, berapa lamakah tempoh seterusnya yang Anwar perlukan untuk jadi Perdana Menteri?
Apakah setahun selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau akan diserahkan jawatan Perdana Menteri dan menepati apa yang selalu disebut oleh Tun Mahathir bahawa beliau hanya mahu memegang jawatannya sekarang selama dua tahun saja?
Atau mungkinkah Anwar akan jadi Perdana Menteri lebih awal lagi daripada itu?
Bila? Januari 2020?
>> Komentar bebas Shahbudin Husin I Penganalisa politik semasa I 31 Ogos 2018.
0 comments:
Post a Comment