Thursday 6 September 2018

[Video Umno Jatuh Dengan Tongkat-Tongkat Patah] Sekali lagi pertanyaan...BIAR BETUL PAS NI?

Jumaat, 7 September 2018

Tun Mahathir masih memakai tali pinggang yang sama  walaupun bertahun lamanya. Itu sikap yang baik kita ikuti. 
Tumpang sekole.
Image may contain: text
Hati2 tika memandu.Patuhi had laju. 
Foto Suara Rakyat.

KERAJAAN YANG 'SANGAT BAIK' itulah..
yang menyebabkan rakyat dan k'jaan sekarang terpaksa bayar RM42 billion sehingga 2039 kerana skandal 1MDB.

KERAJAAN YANG 'SANGAT BAIK' itulah..
yang menyebabkan wang bayaran balik GST RM19 bilion dan cukai LHDN yang terlebih bayar RM16 bilion, gagal dikembalikan ke Tabung Amanah.

KERAJAAN YANG 'SANGAT BAIK' itulah..
sejumlah rampasan wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah bernilai RM1.1 bilion di rumah bekas ketua kerajaan yang #SangatBaik itu.

KERAJAAN YANG 'SANGAT BAIK' itulah..
yang suka bermewah, banyak membazir dan kemudian meletakkan semua beban itu di bahu rakyat.

PAS sedang mabuk apa agaknya?



BIAR BETUL PAS NI?

Menurut apa yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Salehan Mukhyi, negara kini sudah kehilangan sebuah kerajaan yang sangat baik apabila keputusan PRU14 lalu menyaksikan BN tumbang kepada Pakatan Harapan.

Bukan sekadar Melayu hilang kuasa, malah rakyat hilang sebuah kerajaan yang sangat baik, kata beliau yang juga AJK Pas Pusat.

Dalam erti kata lain, di mata Pas sekarang, kerajaan BN pimpinan Najib Razak dan UMNO sebelum ini adalah sebuah kerajaan yang jauh lebih baik berbanding Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat.

Biar betul Pas ni?

Apakah kerajaan yang meninggalkan hutang melebihi RM1 trilion boleh dikategorikan sebagai kerajaan yang sangat baik?

Apakah apabila ketua kerajaannya, Najib yang terlibat dengan skandal 1MDB sehingga hutang-hutangnya terpaksa dibayar dengan wang rakyat, maka kerajaannnya  masih mahu dianggap sebuah kerajaan yang sangat baik?

Adakah apabila di rumah bekas ketua kerajaan yang berjaya ditumbangkan iaitu Najib dan isterinya, Rosmah Mansor ditemui wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah bernilai RM1.1 bilion selepas kejatuhannya, itu menunjukkan kerajaan BN sebelum ini sangat baik?

Apakah pentadbiran BN yang menyebabkan wang bayaran balik GST berjumlah RM19 bilion dan cukai LHDN yang terlebih bayar sebanyak RM16 bilion, tetapi gagal dikembalikan boleh dikira sebuah kerajaan yang sangat baik?

Apakah kerajaan yang suka bermewah, banyak membazir dan kemudian meletakkan semua beban itu di bahu rakyat benar-benar sebuah kerajaan yang sangat baik?

Sekali lagi pertanyaan...biar betul Pas ni?

Atau sekarang ini Pas sedang mabuk apa agaknya? (ShahbudinHusin 06/09/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena