Thursday 11 October 2018

[Video Jufazli Bongkar Pembunuhan Altantuya] Pening Kepala Annuar Musa, Ada Pula Kerusi Umno Dikebas Orang? Octoberfest TIADA PERMOHONAN setakat ini & Siasat jika ada 'musuh dalam selimut' bantu Jho Low - KSN.

Khamis, 11 Oktober 2018

Pening Kepala Annuar Musa... Ada Pula Kerusi UMNO Dikebas Orang


Foto Otai BERSIH.
Kalau jadi pembangkang tu biarlah cerdik sikit jangan tahu melalak je....!

Siasat jika ada 'musuh dalam selimut' bantu Jho Low - KSN

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar menyerahkan kepada jabatan kerajaan tertentu untuk membuat tindakan sewajarnya mengenai dakwaan penjawat awam menjadi 'musuh dalam selimut' menyalurkan maklumat kepada Low Taek Jho atau Jho Low.
"Pasti ada penjawat awam terlibat, kalau tidak kenapa Tun Daim nak bangkitkan isu itu. Saya tidak dapat jelaskan perkara itu.
"Mungkin pasukan risikan ada maklumat mengenai itu.
"Biarlah jabatan tertentu membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya, lapor Bernama.
KSN mengulas dakwaan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin bahawa ada kalangan penjawat awam dan agensi penguatkuasaan yang menyalurkan maklumat kepada ahli perniagaan dalam buruan itu menyebabkan sukar pihak berkuasa untuk mencekup Jho Low.
Penjawat awam berkecuali dalam soal politik
Dalam pada itu, Bernama juga melaporkan Ismail berkata beliau telah mengadakan tiga perjumpaan dengan penjawat awam iaitu di Perak, Johor dan Selangor untuk mengingatkan mereka supaya bersikap berkecuali dalam soal politik dan perlu berkhidmat kepada mana-mana pihak yang dipilih sebagai kerajaan semasa.
"Sebenarnya, ada peraturan di dalam perkhidmatan awam. Tahap tertentu penjawat awam di Gred B boleh memegang jawatan di parti politik jika mendapat kelulusan dari pihak atasan manakala mereka di Gred A tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan utama kecuali menjadi ahli biasa," katanya.
Ismail turut memaklumkan walaupun beliau tidak memantau mana-mana laman media sosial penjawat awam berhubung kenyataan berunsur politik, namun menasihatkan penjawat awam agar menjaga tatatertib dalam menzahirkan pendapat mereka agar tidak menyentuh isu sensitif keagamaan dan polisi serta dasar kerajaan.
Ismail juga dipetik Bernama berkata kerajaan telah mewujudkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) bagi memastikan tadbir urus kerajaan dapat ditingkatkan dan diteruskan dari semasa ke semasa bertujuan mewujudkan ketelusan dalam sistem penyampaian awam.
Rasuah penjawat awam terkawal
"Selain menangani rasuah dalam kalangan penjawat awam, kerajaan juga dalam proses memulihkan prinsip urus tadbir yang baik, amalan baik serta menjalankan latihan kepada penjawat awam agar garis panduan yang betul dapat ditambah baik dari masa ke semasa," katanya.
Menurut Ismail rasuah di kalangan penjawat awam juga berada dalam keadaan terkawal.
"Saya boleh katakan ia tidak serius dan hanya melibatkan bilangan tertentu. Bilangannya semakin berkurangan.
"Awal tahun ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat 200 kes. Pada asasnya ia terkawal," jelasnya, lapor Bernama.
Ismail berkata beliau juga sedang melihat peranan perkhidmatan awam secara keseluruhan, dan dalam proses menyusun jabatan dan agensi yang terlibat dalam pertindihan tugas untuk diletakkan di bawah kementerian yang relevan.
"Perubahan ini dijangka dapat dibuat selepas tempoh enam bulan, untuk melihat jabatan dan agensi mana yang diselaras, ditutup atau dibuat penyesuaian tertentu," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena