Monday, 22 October 2018

[Video SPAD Pemalas! Bodoh! dan Menipu!-Penasihat Big Blue Taxi Facilities] Panas! Penyokong Tun Mahathir ugut bakar semua teksi? Undian atas talian: Pengguna pilih Grab berbanding teksi...Pilih GRAB 94%, pilih TEKSI 6% aje!

Isnin, 22 Oktober 2018
Penyokong Tun Mahathir ugut bakar semua teksi?
Begitulah marah dan aggresifnya penyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemandu-pemandu teksi yang menuntut hak-hak yang telah dijanjikan kepada mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Ini berikutan berlakunya insiden kekecohan di majlis perjumpaan Perdana Menteri itu bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak biadap keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-hailing, Grab.

Tun Mahathir berkata beliau sebagai Perdana Menteri cuba membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka walaupun dalam masa yang sama tidak menunaikan janji untuk menghapuskan Grab bahkan memperkenalkan lagi satu perkhidmatan serupa yang dipanggil Diff Ride.

"Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah.

"Saya bukan nak jadi Perdana Menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya," katanya.


Sumber: https://abuleman.blogspot.com/2018/10/penyokong-tun-mahathir-ugut-bakar-teksi.html

Undian atas talian: Pengguna pilih Grab berbanding teksi

Ketika pemandu teksi menggesa kerajaan menghapuskan perkhidmatan Grab, undian atas talian yang dijalankan Malaysiakini menunjukkan kecenderungan berbeza daripada orang ramai.
Undian yang dijalankan selama sehari di tiga Facebook rasmi Malaysiakini yang berakhir 1 petang tadi menunjukkan hampir 69,000 daripada kesemua 72,200 mengundi untuk Grab berbanding teksi.
Dari ketiga-tiga Facebook Malaysiakini - iaitu versi bahasa MelayuInggeris, dan Mandarin - lebih 90 peratus mengundi untuk Grab berbanding teksi.
Keputusan undian adalah seperti berikut:
Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Melayu:
Jumlah undi - 34,900
Teksi - 2,200 (6%)
Grab - 32,700 (94%)
Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Inggeris:
Jumlah undi - 29,100
Teksi - 1,000 (3%)
Grab - 28,100 (97%)
Undian di Facebook Malaysiakini bahasa Mandarin:
Jumlah undi - 8,000
Teksi - 292 (4%)
Grab - 7,700 (96%)
Undian atas talian itu dibuka pada petang Sabtu lalu susulan kekecohan terjadi dalam pertemuan pemandu teksi dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi.
Dalam pertemuan itu, beberapa pemandu teksi melangkah keluar dan dikatakan menggunakan kata-kata kesat kerana tidak puas hati dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan tidak boleh menjamin akan menghapuskan Grab.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mencari jalan agar pemandu Grab bersaing dengan adil dengan pemandu teksi.
Sementara itu, pembaca Malaysiakini berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen.
"Bagi saya, saya pilih Grab. Kebanyakan pemandu teksi tidak jujur dan tunggu untuk memperdaya pelanggan. Anda boleh lihat di kawasan Bukit Bintang bagaimana mereka menunggu pelanggan seperti menunggu mangsa," kata pengguna Facebook bernama Ravi Chandran.
"Pemandu teksi ramai yang kurang ajar. Lebih baik naik Grab. Perdana menteri pun dia tak boleh hormat," kata Ramly Othman pula.
Pembaca bernama Christopher Yee pula menulis: "Saya sangat bersetuju, persatuan pemandu teksi melampau. Saya sarankan agar semua pemandu teksi yang jujur beralih kepada Grab".
Hoffman Skh pula berkata: "Saya pilih Grab kerana lebih murah dan mudah untuk tempah. Teksi 'tutup kedai lah', mahal, kotor dan susah untuk dapat".
Bagaimanapun terdapat pembaca yang menggesa agar persaingan yang adil diwujudkan antara pemandu teksi dan Grab bagi meningkatkan perkhidmatan kedua-duanya.
"Teksi atau Grab, perlu bersaing secara sihat. Hak dan peraturan yang sama perlu diberikan kepada kedua-duanya. Grab tidak perlu melalui proses sama dengan pemandu teksi. Syarikat teksi yang patut dipersalahkan," kata Nelson Djee.
"Belajar dari teksi Bluebird di Jakarta. Pemandu mereka sangat profesional. Setakat ini semua pemandu mereka yang saya pernah jumpa profesional dan tidak pernah beri alasan untuk minta bayaran lebih. Teksi mereka bersih dan tidak berbau," kata Beet Mj.


Malaysiakini (BM Version)
pada hari Sabtu
Hari ini, sekumpulan pemandu teksi bertindak keluar daripada majlis dialog bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka berang dan tidak menerima penjelasan Mahathir berhubung perkhidmatan e-hailing, Grab. (Baca berita di https://www.malaysiakini.com/news/448280)
Antara teksi dan perkhidmatan e-hailing, yang manakah menjadi pilihan anda?
...Lihat Lagi

1.4K

Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena