Saturday 19 January 2019

[Video Kerajaan negeri guna jentera kerajaan untuk berkempen] Soalan maut Pas! Tengku Razaleigh: Saman Kelantan cara terakhir tuntut tanah adat & Israel tak patut datang ke Malaysia - PM.

Sabtu, 19 Januari 2019
Soalan maut Pas
Foto Pakatan Harapan Supporters.
Dulu Hadi bekap BN yg zalim. Sebab tu kerajaan dulu tak saman PAS buat zalim. Zalim lama dah kenapa sekarang baru nak saman? Soalan maut.

Saman Kelantan cara terakhir tuntut tanah adat

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Peguam Negara memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan, Isnin lepas, berhubung tuntutan tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor, merupakan tindakan terakhir bagi penyelesaian itu.
Tengku Razaleigh berkata ia berikutan kerajaan Kelantan tidak pernah memberi perhatian serius terhadap tuntutan kaum itu malah membenarkan sebarang aktiviti yang memberi keuntungan kepada pihak lain.
Beliau mendakwa masyarakat Orang Asli Temiar mempunyai hak ke atas tanah adat dan telah lama tinggal di kawasan berkenaan sejak turun-temurun sehingga tindakan kerajaan negeri membenarkan aktiviti pertanian berleluasa sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat berkenaan.
"Saya tidak begitu mahir berhubung perundangan itu, tetapi pendapat saya barangkali dengan cara itu boleh menyelesaikan masalah tuntutan tanah adat Orang Asli di Pos Simpor," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bukit Chekati di Gua Musang, hari ini.
mk.

Israel tak patut datang ke Malaysia - PM

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa Israel tidak sepatutnya datang ke Malaysia memandangkan negara itu tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Mahathir berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang terutama mereka yang negara ini berpendapat melakukan banyak perkara yang salah.
"Banyak negara hari ini melihat orang luar datang ke negara mereka dan amat tidak gembira mengenainya. Mereka gulingkan kerajaan kerana membenarkan pendatang masuk.
“Jadi, sebuah negara mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah orang, sebab itu adanya sempadan, tetapi di Malaysia, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan kita berpendapat mereka membuat terlalu banyak kesalahan tetapi tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apa-apa terhadap mereka,” katanya selepas menyampaikan ucapan pada perbincangan Oxford Union yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dari London awal hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya oleh Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson mengenai larangan Malaysia ke atas atlit Israel untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak pada Julai ini.
Perbincangan dan temubual itu juga kemudian dimasukkan dalam akaun Facebook rasmi Dr Mahathir.
Perenang dari kira-kira 70 negara dijangka menyertai kejohanan itu yang bermula dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini, yang menjadi satu penentuan sebelum Paralimpik Tokyo tahun hadapan.
Ditanya sama adakah adil untuk menghukum rakyat Israel berbanding kerajaan Israel, Perdana Menteri berkata, ia nampak seperti kebanyakan orang Israel menyokong pendirian yang diambil oleh kerajaan mereka.
“Kita tidak dapat banyak lakukan sesuatu terhadap kerajaan Israel, mereka terlalu berkuasa. Jadi, kita tidak berkata apa-apa mengenai kerajaan Israel namun kita tidak perlu pula untuk menunjukkan persahabatan kepada mereka.
Dr Mahathir juga berkata beliau tidak kisah jika kenyataan beliau terhadap Israel dianggap sebagai anti-Semitik, dengan menyebut bahawa itu adalah hak beliau untuk berkata sesuatu mengenai tindakan Israel terhadap Palestin.
“Saya tidak memahami ini. Kita bercakap mengenai kebebasan bersuara dan sebaliknya kita tidak boleh berkata sesuatu terhadap Israel, menentang Yahudi, kenapa jadi begitu? Jika kita bebas untuk berkata sesuatu yang kita suka, kita boleh saja katakan, tetapi sebaliknya kita dianggap sebagai anti-Semitik oleh Yahudi.
“Itu hak mereka untuk menegakkan pendapat seumpama terhadap saya, namun ini juga menjadi hak saya untuk memberitahu mereka bahawa mereka telah melakukan terlalu banyak perkara yang salah,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin.
-- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena