Saturday 19 January 2019

[Video PRK Semakin PANAS: BN ni cakap je pandai!] PH tak bimbang populariti Najib kerana...Najib hadapi 25 pertuduhan di bawah AMLA, Akta SPRM.

Sabtu, 19 Januari 2019
「Foto bendera PRK P078」的圖片搜尋結果
「Foto bendera PRK P078」的圖片搜尋結果

PH tak bimbang populariti Najib

Peningkatan ‘populariti’ bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika ini tidak menggusarkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana sememangnya bekas pemimpin negara itu sudah terkenal dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.
Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata meskipun bekas perdana menteri itu turut popular dalam kalangan rakyat namun mereka berpendirian tidak membenarkan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum ke 14 (PRU) lepas untuk terus menerajui kerajaan.
“Datuk Seri Najib ini dah terkenal di seluruh dunia dengan isu 1MDB, memang saya kena akui populariti Datuk Seri Najib memang tak pernah menurun dia memang popular sampai membawa Malaysia terkenal di seluruh dunia dengan skandal 1MDB.
“Jika dia popular dan berjumpa bertemu rakyat seperti terpampang di dalam media sosial, itu hak dia dan kita tidak ada halangan dan kita tak lihat sebagai satu kerisauan dengan kedudukan dan imej yang dibawa Najib itu,” katanya kepada pemberita sempena program Hari Kerjaya Keusahawanan dan Pendidikan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di Alor Setar, hari ini.
Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata demikian ketika mengulas mengenai populariti Najib yang semakin meningkat terutama dalam media sosial menerusi kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands sejak akhir-akhir ini.
mk.

Najib akan hadapi 25 pertuduhan di bawah AMLA, Akta SPRM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau, satu kes berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena