Saya bantu dia, tapi dia caci saya
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan seorang usahawan yang mendakwa telah 'ditipu' kementeriannya.Ahli Parlimen Muar itu berkata niatnya hanyalah untuk membantu produk usahawan tempatan agar dapat memasuki rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven, namun sebaliknya beliau pula dicaci.
Menurut menteri berusia 26 tahun itu, beliau telah berusaha membawa produk-produk tempatan ke perhatian usahawan terkenal Tan Sri Vincent Tan termasuk produk milik usahawan muda yang mendakwa ditipu oleh pasukan kementeriannya.
“Saya lakukan semua bagi membantu dia. Sampai ke tahap jumpa pengendali utama 7-Eleven dan ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke rangkaian mereka, termasuk Hausboom.
“Pagi tadi, saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/Menteri termasuk dengan profil perniagaan dan produknya yang saya usaha untuk masuk rangkaian 7-Eleven dan yang lain, mencaci saya kerana tidak membantu dia,” jelas Syed Saddiq di media sosialnya.
Tidak mahu memanjangkan isu, Syed Saddiq mengeluarkan arahan untuk membayar semula kos penajaan yang dikeluarkan usahawan berkenaan.
Astro Awani.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Hari ini saya nak ceritakan tentang seorang usahawan muda.
(Warning: Cerita panjang & gambar lama Hausboom sekadar hiasan)
(Warning: Cerita panjang & gambar lama Hausboom sekadar hiasan)
Pada mesyuarat jemaah menteri pertama, saya lihat ada makanan & buah buahan yang dihidangkan. Saya tanya kepada pegawai di sana, “Siapa yang buat?”
Saya dimaklumkan ini memang hidangan setiap minggu bila tibanya mesyuarat jemaah menteri.
Saya dimaklumkan ini memang hidangan setiap minggu bila tibanya mesyuarat jemaah menteri.
Setiap minggu dihidangkan kepada kami, tetapi pengendali tidak dikenali. I saw an opportunity here. An opportunity to promote Youth products kepada Perdana Menteri/Timbalan PM dan rakan rakan kabinet yang lain.
Balik ke KBS, saya maklumkan kepada #TeamKBS untuk cari produk anak muda yang nak dipasarkan kepada jemaah menteri. Boleh selitkan profil mereka supaya dikenali.
Saya juga akan ambil masa semasa jemaah menteri untuk perkenalkan produk anak muda ini kepada rakan rakan kabinet. Gambar yang diambil akan dikongsikan dengan pemilik untuk dihebahkan. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan bahawa produk tersebut sudah dihidangkan kepada jemaah menteri juga akan diberikan.
Sesen pun saya tak terima. Credit ke atas kejayaan pun saya tidak ambil. Pemilihan pun dibuat oleh JawatanKuasa bebas. Niat saya ikhlas untuk membantu produk anak muda.
Here comes the story of this particular “usahawan muda”.
Saya dimaklumkan oleh #TeamKBS bahawa ada produk anak muda yang ingin memasuki 7Eleven tetapi tidak dapat2. Produk ini perlu dibantu.
Sebaik sahaja saya dengar, saya kata kita boleh promosikan kepada semua jemaah menteri termasuk dengan profail business & owner. Kalau wujud keperluan, surat pengiktirafan boleh kami keluarkan. Saya juga akan cuba berjumpa dengan Tan Sri Vincent Tan untuk maklumkan berkenaan perkara ini. Perbincangan khusus berlaku dan pandangan pun disampaikan kepada pihak KSU on how we can help our local youth entrepreneurs to enter big chains like 7Eleven.
I did all of that with the intention to help. Sampai ke tahap jumpa pengendali utama 7Eleven & ucapkan terima kasih selepas ada penambahan produk anak muda ke branches mereka, termasuk Hausboom. Sebelum ni bukan main susah, alhamdulillah, gradually it’s changing. Saya juga nak lihat Tesco dan yang lain ikut perkembangan baik ini.
Fast forward, pagi tadi saya dimaklumkan salah seorang usahawan yang produknya masuk ke Jemaah menteri, produknya yang saya promosikan kepada PM/DPM/Menteri termasuk dengan Profil businessnya, produknya yang saya push untuk masuk rangkaian 7E dan yang lain, mencaci saya kerana tidak bantu dia.
I am not a person to rant out like this, but i am truly disappointed. Banyak yang kata ini taktik untuk promosikan jualan dia & that i should not respond sebab itu yang dia mahukan.
To be honest, if it helps him, alhamdulillah. But my disappointment stands. Saya akan sentiasa doakan supaya produk dia berjaya.
P/s Dia kata barang yang kami bantu promosikan secara percuma, haram. I have instructed my team to pay the cost in full. May Allah open his heart in the future & may his business succeed.
1 comments:
Aku rasa elok lah mamat ego tu mintak je Najib and Rosmah promote minuman dia tu. Aku bukanlah nak boikot tapi memang jarang masuk 7E dan jika haus aku rasa sangat2 membazir beli air2 minuman macam ni. Kjaan pun skrg tengah promote agar rakyat mengamalkan kehidupan yang sihat dan sejahtera, antaranya melarang perbuatan merokok ditempat2 awam, maka aku rasa agak janggal jika kjaan mempromosi dan menggalakan rakyat minum minuman2 yang tinggi kandungan gula. Apa2 pun memang dulu aku pun rasa teruja gak bila tengok produk budak melayu ni masuk 7E tapi bila tengok perangainya yang saja cari isu nak bantai PH terutamanya kerja2 yang menjatuhkan kredibiliti PH pada pandangan anak2 muda, aku makin tak minatlah nak masuk 7E semata2 nak beli produk dia ni.
Nick.
cape Tiger.
Post a Comment