Friday, 15 February 2019

[MGTV LIVE : Penamaan Calon PRK DUN N24 Semenyih] Langsung: 4 calon rebut kerusi Semenyih.

Sabtu, 16 Februari 2019

Langsung: 4 calon rebut kerusi Semenyih

Pilihan raya kecil keenam selepas berlangsungnya PRU bersejarah pada 9 Mei 2018, kini bermula secara rasmi.
Bertempat di Selangor sekali lagi PH dan pembangkang bersaing untuk menduduki kerusi kawasan DUN Semenyih yang kosong sejak 11 Jan lalu.
Sama seperti PRK lain - dengan pengecualian di Port Dickson - PRK Semenyih ini diadakan dalam keadaan tidak dirancang. Ia berlangsung selepas penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia.
Umumnya saingan utama di Semenyih ialah di antara PH dan BN yang mendapat sokongan PAS, manakala penyertaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta calon bebas dijangka tidak memberi banyak kesan ketara.
Calon PH Muhammad Aiman Zainali menyatakan dia yakin 100 peratus dapat mempertahankan kerusi Semenyih yang sebelum ini diwakili bapa mertuanya, Bakhtiar Mohd Nor.
PH diketuai Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH, Muhyiddin Yassin.
Antara tokoh dikenali ramai menyertai perarakan itu ialah Anggota Parlimen Jeli dan bekas menteri kanan BN, Mustapa Mohamed.
Semangat penyokong PSM tetap tidak terjejas walapun disorak dengan laungan takbir oleh kumpulan BN semasa mereka melintas di depan.
Jika BN berselawat atau menyanyi dan PH bertakbir, PSM pula melaungkan slogan "Hidup Sosialisme" dan menyanyikan lagu "Buruh Tani".
Uncle Kentang
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena