Friday, 1 February 2019

[Video AMANAH K'tan adakan mesyuarat tergempar berkaitan lantikan Azmin] Saman Ketua Pemuda PAS RM30 juta! Yadim: Zamihan terima surat tunjuk sebab.

Jumaat, 1 Februari 2019
Saman RM 30 juta : DAP guna mahkamah untuk tutup mulut kami, dakwa pemimpin PAS
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli menganggap tindakan Teressa Kok menyaman Ketua Pemuda PAS Selangor RM30juta atas fitnah yang dibuat Ketua Pemuda PAS Selangor itu kepada Teressa adalah sebagai langkah menutup mulut PAS dan tidak selari dengan kebebasan bersuara.
Berikut kenyataan penuh beliau :
Isu tuntutan RM 30 juta Teressa Kok terhadap Ketua Pemuda PAS Selangor menjadi satu lagi hujah bahawa DAP semakin tersepit apabila menjadikan mahkamah untuk menutup suara rakyat. Jika benar Malaysia Baharu yang dicanangkan itu memberikan kebebasan bersuara, mengapa beliau tidak berani sehingga ke saat ini untuk menjawab fakta mengenai kebenaran pimpinan DAP anti Islam. Bahkan menjawab sekali 15 fakta bahawa DAP anti Islam yang dikeluarkan oleh Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Mahkamah bukan tempat untuk dieksploitasi bagi melarikan diri apatah lagi mengugut dengan saman yang kosnya besar. Teressa Kok dicabar untuk mengadakan debat terbuka dengan Dewan Pemuda PAS Selangor bagi membolehkan rakyat menilai pendirian beliau terhadap Islam jika beliau bukan anti Islam.
Dewan Pemuda PAS Selangor mengecam sikap “melarikan diri” dengan membabitkan mahkamah dalam hal yang boleh diuruskan menerusi pendirian terbuka beliau serta perdebatan terbuka. Biar rakyat menilai. Biar medan debat merakamkan pendirian beliau dan DAP dalam isu Islam. Ini bukan isu picisan. Ini isu tunjang negara. Islam adalah agama rasmi Malaysia, ia tidak boleh diperkotak katikkan oleh mereka yang anti Islam.
HANAPI ZULKAPLI
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
Image may contain: 2 people, people smiling, eyeglasses
Sheikh Ummar Ali dan Nik Omar 

Kritik Yadim: Zamihan terima surat tunjuk sebab

Pendakwah kontroversi Dr Zamihan Mat Zin menjadi menerima surat tunjuk sebab kerana mengkritik lantikan politik dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Menurut sumber, Zamihan diberikan surat tunjuk dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Zamihan adalah kakitangan Jakim yang sebelum ini dipinjamkan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewaktu pentadbiran BN.
"Zamihan sudah diberikan surat tunjuk sebab oleh JAKIM kerana tindakannya mengkritik pelantikan majoriti pemimpin politik dalam Yadim.
"Beliau diberi masa selama tujuh hari untuk menjawabnya, ia susulan 'amaran' Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini.
"Ia jelas bercanggah dengan prinsip rahmatan lil alamin (rahmat untuk seluruh alam) apabila tidak boleh mengkritik apa yang dilihat 'tidak kena'," katanya kepada Malaysiakini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof kelmarin dilapor memberi amaran kepada pihak yang terus memperkai lantikan anggota dewan undangan negeri (Adun) Paloh Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Alpa), Yadim.
Zamihan ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Malaysiakini juga sedang berusaha mendapatkan komen Jakim.
Malaysiakini.

3 comments:

Unknown said...

Sb pulut santan binasa. Lu fikirla sendiri zamihan.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Kesian PAS ni, masa keluarkan fitnah tak takut tapi bila orang saman kata orang tak ada hujah, kalau rasa apa yang difitnah itu betul berhujahlah dalam mahkamah.

PokAmid said...

Kepala parti ehem-ehem pun cakap standard mamat kutu rayau.... Hari tu kata parti ehem-ehem dah menang saman terhadap Sarawak Report, hari ni kita terima berita mamat presideng tu dah tarik balik saman.
Kesian kat walaun-walaun!!

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena