Thursday 7 February 2019

[Video The Bos Gaurus] Perak beri tiket percuma perlawanan temu Kedah malam esok & Ingat jangan lagi 'Letak Celah Kangkang' BossGaurusku!

Khamis, 7 Februari 2019

Perak beri tiket percuma perlawanan temu Kedah malam esok

Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) membuat kejutan dengan membenarkan para penyokong memasuki Stadium Perak secara percuma untuk menyaksikan skuad The Bos Gaurus berdepan Kedah dalam aksi Liga Super 2019, malam esok.
Presidennya, Ahmad Faizal Azumu berkata, para penyokong boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 9 pagi esok di kaunter tiket stadium.
"Saya mengajak para penyokong bola sepak Perak datang ke Stadium memberi sokongan kepada pasukan kita, dan kemasukan adalah percuma," katanya menerusi satu klip video yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, di Ipoh hari ini.
Dalam klip video berdurasi 1.08 minit itu, Ahmad Faizal turut menyanyikan sebuah lagu sebagai semangat untuk pasukan Perak esok.
Pertembungan antara Perak dan Kedah yang bermula pukul 9 malam esok merupakan perlawanan kedua Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan.
Pada aksi pertama Liga Super, Perak gagal mengutip mata penuh apabila tumpas 0-1 ditangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin manakala Kedah berjaya membenam PKNP FC 0-3 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Lumut.
- Bernama
「Gambar Pengurus perak letak pila celah kangkang」的圖片搜尋結果
Ingat jangan lagi 'Letak Celah Kangkang' BossGaurusku! 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena