Monday 4 February 2019

[Video Cubaan membunuh Tun M dari CIA dan Zionis?] Dok Tak Dok Hadi Batal Saman? Utusan Kata Pas Menang! Hadi berasap dan ramai TERMALUUUU.

Selasa, 5 Februari 2019
Image may contain: 1 person, smiling, meme and text
Tumpang sekole.
Dok Tak Dok Abdul Hadi Batal Saman... 
Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang, “dok tak dok” tarik balik kes saman malunya terhadap Ketua Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Abdul Hadi saman Clare Brown kerana dalam ulasan bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections” di mana, antara lain, disebutkan bahawa bekas Perdana Menteri itu cuba "memikat" Pas dengan sogokan RM90 juta. 

Masa Pas Abdul Hadi mengemukakan saman sivil itu, saya sudah berasa ada sesuatu yang tidak betul dan tidak masuk akal. Maksudnya, macam mana sebuah parti yang mendakwa menegakkan Islam dan bercita-cita mendirikan “Daulah Islamiah” (Negara Islam) sanggup pergi ke negara kafir dan guna undang-undang yang tidak islamik untuk menebus maruah beliau yang tercemar? 

Masa Abdul Hadi kemukakan saman itu, banyak orang kata mereka akan lebih percaya Pas tidak terima rasuah itu kalau beliau bersumpah di masjid dengan nama Allah dan Al Quran. Tetapi Abdul Hadi dan para penasihat beliau memilih untuk menebus maruah dan nama baik parti mereka di mahkamah sebuah negara bukan Islam – negara kafir. 

Mereka begitu yakin sehingga sanggup membelanjakan wang yang sangat banyak untuk membayar upah peguam dan belanja mahkamah. Percaya dengan tindakan ketua nombor satu mereka maka ahli dan penyokong Pas dengan murah hati menderma, dikatakan sampai RM2.1 juta, untuk membiayai saman di negara kafir itu. Sekarang tiba-tiba Abdul Hadi batalkan saman itu dan kononnya akan diselesaikan di luar mahkamah.  

Perintah persetujuan mahkamah London bertarikh 1 Februari berkata bahawa  yang menuntut (Honourable Abdul Hadi MP) dan defendan (Claire RewCastle Brown) bersetuju Abdul Hadi memberhentikan tuntutan, defendan (Claire Brown) memberhentikan tuntutan balas dan tidak ada perintah mengenai kos. 

Maksudnya Abdul Hadi batal saman ke atas Claire Brown dan Claire Brown batal saman balas ke atas Abdul Hadi. Tidak ada perintah mengenai kos atau ganti rugi. Maka mulai sekarang apa yang berlaku  di antara Abdul Hadi dengan Claire Brown mengenai dakwaan rasuah RM90 juta itu bukan lagi pengadilan mahkamah tetapi perundingan antara peguam. Sekiranya dan apabila penyelesaian dicapai, ia bukanlah penyelesaian mahkamah tapi sekadar hasil rundingan di antara peguam Abdul Hadi dengan Claire Brown. 
Image may contain: 1 person, smiling, outdoor
Utusan Kata Pas Menang 
Soalannya, apa sudah jadi dengan tajuk berita Utusan Melayu (akhbar Umno) pada 1 Mei tahun lepas yang berbunyi: “Pas menang saman fitnah Sawarak Report”? (Baca di sini). Pas tidak menang. Hanya Utusan buat laporan putar belit bagi membantu Pas dalam pilihan raya umum 9 Mei. Ketika itu mahkamah sekadar memutuskan yang ada kes untuk dibicarakan dan Claire Brown kena bayar kos mahkamah setakat itu. 

New Straits Times yang waktu itu di bawah petunjuk “wahyu” Putrajaya – dikatakan melalui Habibul Rahman Kadir - pula melaporkan yang Abdul Hadi mempunyai harapan baik untuk menang kes itu dengan tajuk berita: “Hadi has good chance of winning defamation suit against Rewcastle-Brown”. Soalnya macam mana Pas nak menang kalau kes belum pun dibicarakan lagi? 

Sekarang dengan menarik keluar kes itu daripada mahkamah dan menyelesaikannya di luar, jelaslah bahawa tajuk berita Utusan itu tidak benar sama sekali. Kalau benar Pas menang, pasal apa nak bawa keluar dan selesaikan di luar? Bukankah lebih baik menunggu penghakiman mahkamah daripada berunding secara sulit di kalangan peguam? 

Kesimpulannya Pas tidak menang apa-apa pun setakat ini kecuali dibenarkan untuk meneruskan saman sivilnya terhadap Claire Brown. Itu pun perbicaraan tidak boleh dijalankan kerana Claire telah mengemukakan saman balas (counter suit) ke atas Abdul Hadi dan Pas.    

Persoalannya lagi, apa sudah terjadi atau akan jadi dengan dakwaan rasuah RM90 juta serta duit derma RM2.1 juta daripada ahli dan penyokong Pas itu? Apakah duit ini sudah habis dibelanjakan maka Abdul Hadi terpaksa memberihentikan tindakannya atau beliau takut keputusan mahkamah tidak akan memihak kepadanya? Mahkamah telah pun memutuskan perbicaraan penuh selama 11 hari dimulakan pada 1 April ini. Nampaknya Abdul Hadi lebih rela kalah bersorak daripada menghadapi kemungkinan kalah perbicaraan. 

Sebelum PRU 2018 keperluan mempertahankan imej Pas adalah amat penting. Tetapi sekarang PRU sudah berlalu, Umno/Barisan Nasional kalah dan Pas tidak menang. Jadi maruah dan air muka tidak sepenting dulu lagi. Sebaliknya risiko fakta sebenar mengenai derma RM90 juta itu terdedah semakin tinggi kerana Umno/BN tidak lagu berkuasa justeru itu tidak lagi boleh membantu Pas menyembunyikan hal sebenar. 

Kalau bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak sendiri sedang menghadapi begitu banyak tuduhan rasuah di mahkamah, bagaimanakah beliau boleh membantu Pas sekiranya memang ada derma RM90 juta daripada Umno kepada Pas? Mohd Najib tentulah akan menafikannya sebab beliau tidak mahu kes rasuah ke atasnya ditambah. Yang ada ini pun sudah lebih daripada cukup. 

Ada kemungkinan Abdul Hadi membatalkan saman itu kerana hendak mengelak hujah-hujah sensasi dalam saman balas (counter suit) Claire Brown mematahkan hujah beliau. Sesiapa saja yang berpeluang membaca hujah dalam saman balas Claire Brown pasti mendapati hujah dan fakta yang beliau kemukakan amat merugikan Pas. 

Ditakdirkan memang Abdul Hadi tidak tahu menahu mengenai derma RM90 yang didakwa itu, tetapi hujah dan fakta terperinci dalam saman balas Claire Brown amat merosakkan bagi Pas. Yang paling merugikan Pas adalah butir-butir bagaimana para pemimpin atasan Pas menggunakan duit itu untuk bermewah-mewah. 

Clare Brown mendedahkan bagaimana mereka membeli rumah dan kenderaan mahal di saat-saat ahli dan penyokong Pas diseru, atas nama perjuangan, untuk menderma kepada tabung saman tersebut. 

Akhir kalam, pencerahan dan penyelesaian mutakhir kepada isu derma RM90 juta ini hanya boleh dicapai jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia membuka fail siasatan jika mereka belum berbuat demikian. - A.Kadir Jasin 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena