Monday 4 February 2019

[Video Ucapan Tahun Baru Cina 2019 - Tun M] HUSAM SEPATUTNYA buat laporan kepada polis atau SPRM! Setelah PH yang memerintah sekarang, apa masalahnya lagi?

Selasa, 5 Februari 2019
Tumpang sekole.
Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Federal Territories Mufti Zulkifli Mohamad today handed out cakes to  his Chinese neighbours in conjunction with Chinese New Year. 

HUSAM SEPATUTNYA BUAT LAPORAN KEPADA POLIS ATAU SPRM, BUKAN SEKADAR TULIS KENYATAAN

Antara pemimpin yang diketahui paling aktif menyerang Pas berkaitan dakwaan menerima wang RM90 juta daripada Najib Razak ialah Husam Musa.

Sama ada sebelum saman fitnah difailkan terhadap Sarawak Report, setelah saman dikemukakan atau kemudian ditarik balik, Husamlah antara yang paling ke depan melontarkan suaranya.

Sebagai bekas Naib Presiden Pas yang diketepikan oleh kumpulan ulama dalam pemilihan Pas yang kemudian membawa kepada tertubuhnya Amanah, apa yang dilakukan Husam tidaklah sukar difahami.

Ia adalah pendirian normal yang pasti akan dilakukan oleh sesiapa saja setelah mereka meninggalkan parti lama.

Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan lain-lainnya juga lantang mengkritik parti lama mereka iaitu UMNO setelah berhijrah kepada wadah baru.

Ketika di peringkat awal isu RM90 juta ini terdedah, Husam bukan saja mengkritik dan menyerang Pas, malah mendedahkan bahawa beliau ada maklumat yang sahih mengenai kemasukan wang tersebut.

Beliau tidak saja menyebut jumlah wang itu bukan RM90 juta, tetapi mendakwa angka sebenarnya mencecah RM200 juta.

Lebih daripada itu, Husam juga turut menyebut nama bank yang didakwanya digunakan untuk penyaluran wang kepada Pas itu.

Apabila Hadi Awang menarik balik samannya tehadap Sarawak Report sebagaimana diumumkan semalam, Husam sekali lagi menjadi antara yang paling awal memberikan reaksinya.

Selain mengucapkan takziah atas tindakan Hadi menarik balik saman itu, beliau juga menuntut perlunya ia disusuli dengan tindakan meletakkan jawatan atau mengundur diri atas tindakan yang dianggapnya mencemarkan maruah perjuangan parti itu.

Dalam hal ini, walaupun tidak disebut nama, sudah tentu yang dimaksudkan Husam perlu meletakkan jawatan itu ialah Hadi Awang sendiri.

Tetapi, meneliti semua rentetan itu, kenapakah Husam perlu susah-susah menulis kenyataan, mengucapkan takziah dan mendesak Hadi meletakkan jawatan jika beliau bermaksud mahukan kebenaran?

Kebenaran mengenai sama ada benar atau tidak Pas menerima wang tersebut, tidak kira RM90 juta atau RM200 juta, walaupun semalam Najib telah menafikannya, akan lebih mudah dan cepat diketahui jika Husam dengan segera membuat laporan kepada polis dan SPRM berkenaan dengannya.
Bukankah beliau ada maklumat mengenainya, termasuk nama banknya sekali?

Ketika inilah Husam perlu membuktikan beliau benar-benar mempunyai maklumat sebagaimana yang pernah didakwanya sebelum ini.

Lagi pun, parti yang memerintah negara sekarang ialah PH, bukan lagi BN, maka jika Husam membuat laporan dan menyerahkan maklumat yang ada padanya, sudah tentulah lebih mudah pihak berkuasa menjalankan tugasnya.

Dahulu, sebelum pertukaran kerajaan, mungkin juga boleh diterima mengapa beliau tidak mahu membuat laporan sama ada kepada polis atau SPRM kerana bimbang BN akan melindungi siasatan itu.

Setelah PH yang memerintah sekarang, apa masalahnya lagi? (ShahbudinHusin 04/02/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena