Thursday 7 February 2019

[Video Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam, Nasharudin dipanggil SPRM] Mintak 4 Saksi, Sekali Dapat 40 Saksi Daa..! Dana RM90 juta: SPRM akan panggil Najib juga, jika...

Jumaat, 8 Februari 2019
Image may contain: 1 person, text
Mintak 4 Saksi, Sekali Dapat 40 Saksi Daa..! 

Dana RM90 juta: SPRM akan panggil Najib, jika...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas presiden Umno Najib Abdul Razak untuk memberi keterangan hanya jika dakwaan parti tersebut membayar kepada PAS RM90 juta mendapati benar.
Menurut Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull, pegawai SPRM kini memberi tumpuan jika pembayaran sedemikian kepada pemimpin PAS benar-benar berlaku seperti yang dikatakan.
"Buat masa ini, kami masih tidak pasti (sama ada bantuan Najib diperlukan).
"Ia bergantung dengan hasil siasatan tersebut.
“Buat masa ini, SPRM perlu memastikan adakah pemindahan wang RM90 juta memang berlaku seperti yang didakwa," katanya kepada Malaysiakini.
Demikian kata Shukri, ketika diminta menjelaskan status terkini siasatan, yang baru dimulakan baru-baru ini.
SPRM menerima aduan mengenai pembayaran, yang didakwa dibuat untuk mendapat sokongan beberapa pemimpin PAS semasa pilihan raya umum ke-14 tahun lepas.
Turut didakwa bahawa dana yang dibayar oleh Umno merupakan daripada 1MDB. Najib merupakan bekas pengerusi.
Susulan pengumuman SPRM, yang memulakan siasatan terhadap kes tersebut pada Rabu, laporan media menyatakan bahawa pegawai SPRM telah memanggil beberapa individu untuk mengambil keterangannya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena