Wednesday, 6 February 2019

[Video Itu berita palsu jelas Tun M terhadap dakwaan kabinet baru] Isu RM90j: SPRM akan panggil beberapa individu.

Rabu, 6 Januari 2019
Image may contain: one or more people and text

Isu RM90j: SPRM akan panggil beberapa individu

eberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS.
Menurut sumber, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dibuka susulan SPRM menerima laporan daripada pihak polis berhubung isu berkenaan pada petang semalam.
“Beberapa individu termasuk yang berkaitan dalam isu ini akan dipanggil SPRM dan kami meminta semua pihak bersabar serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sumber berkata siasatan akan dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.
Sebelum ini, artikel yang dilapor oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka supaya menyokong Umno dan BN.
Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena