Monday 18 February 2019

[Video Saya Nak Ingatkan Kerajaan 'Bossku' Sudah Tumbang] 'Org Umno jugak yg dicarinya' Manisnya selepas PENYUCIAN & Adakah perlantikkan Abd Fattah Abdullah ikut pintu belakang? DAP: Sedih lihat PAS.

Selasa, 19 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Tiada penerangan foto disediakan.
Otai BERSIH 
Kenapa Wan Azizah lantik org kuat UMNO sebagai Ahli Tetap Majlis Tindakan Sara Hidup Negara..?
Surat Pelantikan Selepas PRK C.Highland. Kita duk kutuk Tun Mahathir ambil org Umno. Adakah Dato Haji Abdul Fatah b. Hj Abdullah org PKR ke? Adakah perlantikkan ikut pintu belakang? Pimpinan boleh bg pencerahan sikit ape yg dah berlaku ni?
Manisnya selepas PENYUCIAN
Sekiranya benar.....
#LawanTetapLawan.....
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang duduk dan sut
Rizal Riezal Inilah 'kebodohan' menteri2 PH..
Org Umno jugak yg dicarinya..
Org2 yg bertungkus lumus mempertahankan ph x dipandang seblh mata pun..phuii.

Guan Eng cabar Takiyuddin tunjuk bukti

Tunjukkan bukti, atau ia hanya akan menjadikan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan sebagai tokoh yang tidak bermaruah serta gagal bertanggungjawab, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Kata Lim dakwaan dibuat PAS mengenai ada dua parti komponen dalam PH bercadang mengemukakan undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad adalah tuduhan palsu serta berunsur fitnah.
Saya harap Takiyuddin boleh menunjukkan bukti atas dakwaan yang berniat jahat itu.
"Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Takiyuddin jelas terbukti tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah," katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Lim yang juga setiausaha agung DAP menambah tuduhan dibuat Takiyuddin adalah helah PAS untuk mengalih perhatian orang ramai daripada isu sebenar, iaitu amalan politik sempit mereka, selain isu parti itu menerima wang daripada Umno.
"Saya ingin menegaskan bahawa PH secara keseluruhan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan perdana menteri dan menolak sekeras-kerasnya sebarang andaian yang mengatakan sebaliknya.
"Tidak ada satu parti komponen atau mana-mana pemimpin PH yang tidak menyatakan sokongan atau mahu undi tidak percaya dibuat ke atas kepimpinan Dr Mahathir, sama adadi dalam atau di luar mesyuarat Majlis Presiden PH," katanya.
Sedih lihat PAS
Sebaliknya kata Lim pihak yang jelas menentang kepemimpinan Dr Mahathir ialah PAS sendiri.
Malam tadi Takiyuddin mendakwa ada dua parti komponen dalam PH mungkin merancang untuk menyingkirkan Mahathir melalui undi tidak percaya di parlimen.
Kata Takiyuddin PAS berasa ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap mengenai sekutunya dalam PH.
Kerana itulah kata anggota parlimen Kota Bharu itu PAS memberikan ikrar untuk memberi sokongan kepada perdana menteri semasa PAS mengadakan pertemuan dengan Mahathir pada Jumaat lalu. 
Lim berkata sepatutnya PAS menjawab isu pemimpin mereka yang menerima wang daripada Umno seperti didedahkan Sarawak Report.
Katanya Abdul Hadi sendiri menarik balik tindakan saman beliau terhadap Sarawak Report tanpa meminta laporan asal mengenainya dipadamkan, atau meminta portal pembocor maklumat itu meminta maaf kepada PAS.
"Sangat mendukacitakan untuk melihat apa yang tinggal dalam perjuangan PAS hari ini hanyalah pembohongan bersiri yang menyusuli skandal menerima wang daripada Umno," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena