Thursday 2 October 2014

[Video] "Kita dibodokan" Harga Minyak Naik..'Kerajaan Sayang Rakyat!'

Khamis, 2 Oktober 2014



Naik harga minyak, BN jerut leher rakyat

KUALA LUMPUR 2 OKT: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kenaikan harga minyak membuktikan kezaliman Barisan Nasional yang disifatkan terus ‘menjerut leher rakyat’ di negara ini.

Katanya, langkah  itu juga akan menyebabkan kenaikan harga barang keperluan berlaku lebih awal sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun hadapan.

“Kerajaan akan mengenakan GST pada April 2015 yang dijangka akan meningkatkan harga barangan dan kos perkhidmatan.

“Tapi jangkaan ini silap kerana peningkatan ini akan berlaku lebih awal daripada apa yang kita jangkakan selepas pengumuman ini dibuat.

“Rakyat ditekan dan terpaksa menanggung beban akibat kebergantungan negara terhadap hutang yang sudah terlalu tinggi,” katanya yang menambah pelaksanaan GST akan memberi kesan berganda kepada orang ramai.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuatkuasa tengah malam tadi.

Menurut Rafizi, peningkatan harga minyak secara tidak langsung menambah bebanan hutang isi rumah rakyat sekaligus menyebabkan kemiskinan semakin bertambah.

“Selepas subsidi petrol dikurangkan, harga minyak akan naik, harga barang dan kos perkhidmatan lain semakin meningkat yang akhirnya bebanan bulanan setiap isi rumah turut bertambah,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan itu.

Ditanya tentang dakwaan kerajaan bahawa penyelarasan subsidi itu selari dengan pemberian BR1M, Rafizi berkata pemberian ‘One Off’ itu dapat membantu sepenuhnya kos sara hidup bagi jangka masa panjang.

“BR1M dilaksanakan bagi menampung perbelanjaan rakyat untuk jangka masa singkat. Persoalannya, adakah ini kekal sebagai jaminan jangka panjang yang dapat membantu meringankan kos hidup rakyat?

“Rasionalisasi subsidi kerajaan untuk membantu rakyat negara ini nampaknya diukur selepas kerajaan gagal mengurus negara yang berterusan mencatatkan kerugian,” ujarnya.

Jelas Rafizi, pengurangan subsidi kerajaan kini disifatkan sebagai pengkhianatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap amanah rakyat yang mahukan jaminan kehidupan yang lebih selesa.

Malah, beliau turut mempersoal tindakan yang dibuat oleh kerajaan Umno BN berikutan harga pasaran minyak mentah di pasaran dunia kini dilaporkan menurun.

Sebaliknya kerajaan bertindak menaikkan harga minyak secara membabi buta tanpa memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung rakyat.

“Kita persoal adakah tindakan Najib ini tepat dalam masa harga pasaran harga minyak mentah dunia kini menurun?” soalnya.
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena