Monday 26 October 2015

AMANAH selar PAS, Raja Bahrin minta Zuhdi nasihat Ahli Parlimen PAS bangkit tentang rasuah, kezaliman...

Isnin, 26 Oktober 2015

AMANAH selar PAS, bangkit tentang rasuah, kezaliman

Tindakan Ahli Parlimen menaikkan sepanduk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan wang ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank perbadinya bukan sekadar bahan lawak.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tindakan mereka bangkit adalah bagi menentang rasuah manakala mereka yang mempersendakan aksi itu adalah "lebih teruk daripada kanak-kanak" kerana sebegitu bodoh untuk tidak melihat gambaran yang lebih besar.
"Tingkah laku yang saya tahu lebih buruk daripada kanak-kanak adalah orang dewasa dan intelektual yang mendakwa tingkah laku orang lain seperti kanak-kanak tetapi tidak mengetahui realiti sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki yang mencemuh ahli parlimen yang menaikkan sepanduk selepas ucapan bajet perdana menteri di Parlimen pada Jumaat lalu, melebihi kanak-kanak.
Beliau juga mengaitkan langkah itu dengan rancangan ‘mini parlimen’ pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.
Raja Kamarul Bahrin berkata senarai panjang individu terkemuka telah menuntut jawapan berhubung isu ‘derma’ RM2.6 dan 1MDB, tetapi tiada jawapan yang diberikan.
Malah menurut ahli parlimen AMANAH itu, ada juga mereka yang kehilangan pekerjaan atau menjadi mangsa tahanan berhubung skandal tersebut.
"Tiada apa yang seperti kanak-kanak dalam menagani keseriusan isu 1MDB. Saya harap Zuhdi sedar betapa serius isu ini," katanya.
Sebagai penasihat kanan sebuah parti Islam, Raja Bahrin meminta Zuhdi supaya menasihati Ahli Parlimen PAS untuk bangkit menentang rasuah dan kezaliman seperti ajaran Islam.
Ini adalah lebih penting daripada menasihati rakan-rakannya untuk berkelakuan sopan di Dewan supaya tidak menyinggung perasaan rakan-rakan Umno," katanya secara sinis.
Malaysiakini. 
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena