Friday 23 October 2015

[Video] Mengapa YB PAS tak angkat Plakad "Mana RM2.6 Bilion?" Tindakan PAS ini mendapat pujian dari UMNO BN.

Jumaat, 23 Oktober 2015








Sepanduk ‘Mana RM2.6 bilion’ diangkat lepas Najib bentang Bajet 2016 

Ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang ini. 

Tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang dan siaran langsung ditamatkan segera. 


RM2.6 bilion adalah jumlah derma yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sekitar Mac 2013 dan diperakui Putrajaya selepas didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini. 

Gambar mereka memegang sepanduk tersebut dikongsi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi akaun Twitter dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi kumpulan WhatsApp beliau dan petugas media. 

Namun, pemerhatian teliti mendapati beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri. (Nasruudin Hassan Tantawi, Temerloh dan Takiyuddin Hassan, Kota Bharu juga tidak berdiri dan mengangkat plakad) 

Malah, kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan ahli Parlimen Marang tidak kelihatan langsung sejak awal pembentangan Bajet 2016 bermula sehinggalah ahli-ahli Parlimen pembangkang ditemubual wartawan selepas pembentangan selesai.
 

Najib yang juga menteri kewangan petang ini membentangkan bajet ketujuhnya sepanjang menjadi perdana menteri. 

Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan sebelum dipinda pada tahun sebelumnya. – TMI 


ULASAN GB 

Nampaknya sama seperti semalam semasa undian penggantungan Lim Kit Siang dilakukan dimana ramai wakil rakyat PAS yang ponteng dan tidak mengundi. Rujuk SINI.

Hari ini tatkala semua wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad "Mana RM2.6 Bilion?" selepas pembentangan bajet oleh Najib, wakil rakyat PAS tidak turut serta, malah ramai yang ponteng. Kerusi-kerusi YB PAS kosong tak bertuan.

Memberi tanda bahawa wakil-wakil PAS seperti tidak melaksanakan kewajipan mereka sebagai wakil rakyat dan tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang yang lain walaupun mereka duduk di blok pembangkang.

Tindakan PAS ini mendapat pujian dari UMNO BN terutama dari Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin. Malah ada wakil rakyat PAS dilihat lebih selesa bergambar dengan Senator Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di JPM. Dan menyerlahkan bahawa PAS dan UMNO seperti sehati sejiwa.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Dinafi dan disorok macamana pun tentang sikap dan perangai PAS yang khianat dengan amanah rakyat itu akan tetap terdedah jua.

Biarlah, rakyat menyaksikan semuanya ini dan kemudian membuat keputusan untuk menghukum PAS di dalam pilihanraya nanti. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena