Jumaat, 30 Oktober 2015
AZMIN ALI DAH PANDAI MAIN TEPIS-TEPIS
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk pembinaan tiga lebuh raya bertol di negeri itu belum muktamad.
Katanya, kelulusan ketiga-tiga lebuh raya baharu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) dan East Klang Valley Expressway (EKVE ) ketika ini dibuat secara prinsip.
Ini kerana, kata Azmin kelulusan diputuskan ketika pentadbiran bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Untuk makluman ketiga-tiga lebuh raya itu tidak diluluskan ketika saya menjawat menteri besar. Ia diluluskan secara prinsip sebelum ini.
"Media sosial laporkan kononnya ketiga-tiga lebuh raya baharu itu diluluskan dalam tempoh setahun saya jadi menteri besar sedangkan ia dan diluluskan menteri besar sebelumnya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.
Mengulas lanjut, Azmin bekata beliau akan memberikan penjelasan teperinci berhubung pembinaan lebuh raya itu pada minggu hadapan dalam Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas yang bermula Isnin depan hingga 13 November.
“Minggu depan kita adakan sidang media untuk menjelaskan perkara berkenaan lebuh raya. Apa yang saya nyatakan di sini adalah dasar kerajaan negeri hari ini adalah menetapkan kerajaan pusat mesti menerima pakai Seksyen 20A,” katanya.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata pembangkang tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan tol yang dibuat pada manifesto pilihan raya.
Isu tol hangat dibahaskan selepas tol di 18 lebuh raya di Lembah Klang naik mulai 15 Oktober lalu.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian dilapor meminta Azmin menjelaskan dakwaan bahawa beliau meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada parti.
pen buruk online ™
Friday, 30 October 2015
Wan Azizah minta Azmin menjelaskan dakwaan L/Raya Bertol & Azmin DAH PANDAI MAIN TEPIS-TEPIS?
Posted by
Briged Kibaran Bendera
at
09:12
Labels:
L/Raya Bertol,
Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Selasa, 4 Jun 2019 Jom Channel 1. RAKYAT SEDIH TANGGUNG HUTANG 1MDB 2. WALA' KEPADA PEMIMPIN PAS ATAU JADI SYAITAN BISU 3. SAMPAH IN...
-
[Video "Pilih Isa atau saya," kata Zakaria pada pemegang saham] Isa Samad menggali kuburnya sendiri?Rabu, 7 Jun 2017 Isa Samad menggali kuburnya sendiri? 07 Jun 2017 | ULASAN oleh DR DZULKIFLY AHMAD Tindakan Tan Sri Isa Samad me...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Ahad, 9 Jun 2019 Jom Channel Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pert...
-
Sabtu, 6 Februari 2016 Krisis Tabung Haji: Jadi siapa sebenarnya ancam Melayu? LEMBAGA Urusan Tabung Haji bukan sekadar institusi yang...
-
Ahad, 19 Mei 2019 Jom Channel pada 5 Mei lalu, ketika berucap pada majlis Townhall Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Penj...
-
Ahad, 19 Mei 2019 Wajidi awal-awal larikan diri. Dulu kamu tu timb. Menteri agama. Rasa-rasa terancam tak Islam bila mana Timb Menter...
-
Selasa, 19 November 2013 wubra.blogspot.com Fakta besar tentang Ka'bah yang cuba disembunyikan dunia Makkah atau Greenwic...
-
Rabu, 28 Mac 2018 Tumpang sekole. RUU Antiberita Tidak Benar: MP Kuala Terengganu cabar kerajaan laksanakan dulu di Terengganu...
-
Ahad, 23 Februari 2014 Suhaizan Kayat Yesterday Saya pernah bawa isu pengorekkan pasir di Sungai Sayong Layang-layang Joh...
0 comments:
Post a Comment