Wednesday 21 October 2015

Selepas ditarik, Putrajaya hantar semula notis usul gantung Kit Siang...Aik, gitu pulak!

Rabu, 21 Oktober 2015
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dilihat meninggalkan perkarangan bangunan Parlimen sebelum sesi sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada 6.30 petang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 21 Oktober, 2015.
Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dilihat meninggalkan perkarangan bangunan Parlimen sebelum sesi sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada 6.30 petang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 21 Oktober, 2015. 

Selepas ditarik, Putrajaya hantar semula notis usul gantung Kit Siang 
Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah kepada pemberita di lobi Parlimen, sejurus tamat sidang Dewan Rakyat hari ini.
"Notis itu diserahkan kembali sekitar jam 6 petang tadi," kata Sivarasa kepada pemberita.
Azalina sebelum ini menarik balik usul itu selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan beliau berbuat demikian susulan bantahan dibuat ahli-ahli Parlimen pembangkang ketika sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.
Pandikar bagaimanapun memberi kata dua kepada Lim dan masih menantikan permohonan maaf tanpa syarat dan penarikan balik kenyataannya terhadap kerusi speaker apabila mengatakan speaker bersikap diktator dan menyalahgunakan kuasanya apabila menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Tindakan Azalina mengemukakan kembali usul berkenaan dipercayai susulan Lim masih tidak mengemukakan sebarang kenyataan permohonan maaf atau menarik balik kenyataannya seperti dituntut Pandikar.
Veteran DAP itu juga turut dilihat meninggalkan perkarangan bangunan Parlimen sebelum sesi sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada 6.30 petang.
Pandikar sebelum itu memberikan masa kepada Lim sehingga Dewan Rakyat selesai membahaskan usul berkaitan jerebu yang tamat pada 5.30 petang tadi untuk membuat permohonan maaf dan penarikan balik kenyataannya.
Beliau turut berkata, tindakannya membenarkan usul berkaitan jerebu dibahaskan di Dewan Rakyat demi kepentingan ramai menunjukkan dirinya tidak mengamalkan diktator dan tidak mengikut telunjuk sesiapa termasuk perdana menteri.
"Saya bukan diktator dan tidak mengikut telunjuk perdana menteri!," kata Pandikar. – 21 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-ditarik-putrajaya-hantar-semula-notis-usul-gantung-kit-siang#sthash.bnMI9Ufn.dpuf


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena