Tuesday 20 October 2015

[Video] Untuk Apa Kuat? Gadis Kelantan teruk dibelasah sampai terlondeh seluar & Ali tinju baru sedar Jamal menuduhnya 'balaci, barua'!

Rabu, 21 Oktober 2015




Video peniaga wanita dibelasah sampai terlondeh seluar jadi viral (video)


Kuala Lumpur: Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang gadis dibelasah teruk oleh dua perempuan kini menjadi viral di laman sosial. 

Kejadian dikatakan berlaku di Bachok, Kelantan berdasarkan slang percakapan mereka yang merakam dan melihat kejadian tersebut. 

Menerusi video, mangsa dilihat tidak mampu melindungi dirinya apabila kedua-dua wanita terbabit mula menyepak dan memukul mangsa bertalu-talu. 

Dikatakan, punca kejadian disebabkan mangsa yang merupakan peniaga online (dalam talian) telah menipu kedua pelanggan ini, seterusnya menyebabkan dia ditangkap dan dipukul. 

Salah seorang pelaku wanita dapat didengar berkata, “Mano barang mu? Mano barang muu?”. 

Lebih menyedihkan, seorang lelaki yang dilihat di dalam video ini hanya menjadi penonton dan sanggup membiarkan mangsa diperlakukan kejam depan matanya, menurut sumber Mynewshub. 
-kualalumpurpost-
-Kerengga.

Akhirnya Ali Tinju sedar siapa dirinya bagi Jamal..


“Tindakan emosi dan terburu-buru.”... Itulah reaksi Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau dikenali sebagai Ali Tinju terhadap tindakan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas penganjuran beberapa perhimpunan di Kuala Lumpur.

Beliau yang mewakili Gerakan Merah berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama atau mempunyai kaitan dengan himpunan yang dianjurkan Jamal kerana ia dianggap lebih bersifat peribadi.

“Dia (Jamal) gagal berbincang dengan kami untuk menganjurkan sebarang perhimpunan dan menganggap kami sebagai balaci dan ‘barua’.

“Tindakan yang dilakukannya adalah tidak bijak dan tiada matlamat dengan mengadakan demonstari setiap masa. Ianya lebih kepada kehendak dia,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakannya yang mengeluarkan Jamal daripada kumpulan WhatsAppnya bersama media dan ahli NGO Melayu.

Ali Tinju menegaskan Gerakan Merah memperjuangkan isu berbangkit seperti pergaduhan, penghinaan dan kes-kes jenayah yang dapat membuka mata pihak berkuasa untuk tindakan.

Menurutnya, Jamal tidak boleh menggunakan tiket sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar untuk mengadakan demonstrasi setiap masa.

“Perdana Menteri pun tidak bersetuju dengan tindakan dia dan jangan menganggap tindakannya itu betul.

“Undang-undang lebih tegas daripada jawatan yang dipegangnya,” katanya yang tegas tidak akan terlibat dengan sebarang himpunan yang dianjurkan Jamal.

Beliau turut menasihatkan Jamal untuk melepaskan jawatan dalam parti sekiranya mahu aktif dalam NGO.

“Jika mahu kekal dengan jawatan yang ada, dia perlu perjuangkan dan beri tumpuan kepada ahli dan parti. Bukan senang untuk jadi ketua persatuan,” katanya.

Sementara itu, Jamal ketika diminta mengulas mengenai namanya dikeluarkan dari grup WhatsApp Ali Tinju bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan balas lapor The Rakyat Post

Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena