Tuesday 27 October 2015

Inilah masalahnya PAS! "Kita tidak punyai (Harapan) dengan Harapan"...

Selasa, 27 Oktober 2015



Masalah PAS bukan dasar tapi Presiden dan orang disekelilingnya yang semakin teruk

Yang lebih dahsyat lagi, orang-orang disekeliling Presiden PAS sekarang ni lah yang menggerakkan kerja CELAKA melabel dan memfitnah pemimpin PAS yang selama ni dilihat progresif sampai depa semua dipancung oleh perwakilan masa pemilihan dalam muktamar yang lepas.


Harakahdaily melaporkan:
Ahli PAS diingat agar tidak ragu-ragu dengan perjuangan PAS selagi dasarnya ialah Islam, demikian tegas Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim semalam.

Jelasnya, dasar Islam yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 membuktikan perjuangan PAS berada di atas landasan Islam sebenar, sekaligus berbeza dengan parti yang lain.

Beliau berucap demikian pada Kuliah Politik di Dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI), Kampung Padang Tembak, di sini 26 Oktober.

Katanya, PAS memperjuangkan Islam sepertimana perjuangan Rasulullah SAW yang sentiasa diuji dengan tribulasi musuh.

"Semua peringkat pimpinan dan ahli perlu terus yakin serta istiqamah bersama perjuangan ini, jangan sekali melawan arus," nasihatnya. - Hrkh.
Masalahnya dengan PAS ni bukan dari segi dasar. Dari segi dasarnya memang dah cukup cantik macam yang terpaku dalam Perlembagaan PAS tu, Apa guna dasar kalau setakat tercatat kaku dalam Perlembagaan, tidak terzahir dalam strategi dan tindakan.

Macam buah aku masa sembang dengan sorang ahli PAS yang masih berstatus harumanis, aku kata kat dia "Agak-agak kalau orang macam Najib Razak jadi Presiden PAS, walaupun dia mengaku nak bawa Islam hang masih nak ikut jugak ka?"

Masalahnya PAS sekarang ni adalah dengan orang yang nak laksanakan dasar tu, atau lebih tepat lagi orang yang jadi kepala nak bawa dasar tu.

Terus terang aku cakap aku langsung dah takdak thiqah dengan Hj Hadi dalam bab politik. Dalam bab agama dan hukum hakam aku tak pertikai keilmuan dia tapi dalam bab yang melibatkan politik semasa terutama sekali waqi' Malaysia thiqah aku dengan Presiden PAS langsung takdak dah.

Terutama sekali sejak isu kes krisis MB Selangor tahun lepas semakin hari thiqah aku kepada Hj Hadi makin hilang sikit demi sedikit.

Yang terbaru macam yang dilaporkan TheMalaysiakini:

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan PAS tidak pernah bergantung kepada mana-mana parti lain di Malaysia.‎

Sebaliknya, presiden PAS itu berkata, parti-parti lain yang banyak bergantung kepada mereka.

Bercakap kepada media buat pertama kalinya mengulas mengenai persoalan sama ada PAS akan bakal menyertai Pakatan Harapan atau tidak, Hadi berkata perkara itu tidak akan berlaku.

"Kita tidak punyai (Harapan) dengan Harapan, kita akan sampai ke destinasi yang kita mahukan.

"PAS tidak bergantung mana-mana parti, yang bergantung itu parti lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. – 27 Oktober, 2015. - TMI.
Macamana boleh aku nak thiqah dengan pemimpin politik yang bongkak sampai tara tu, padahal sangat jelas Islam sangat membenci sifat bongkak.

Tambah pulak dengan realiti politik Malaysia sejak merdeka, tak pernah malah takkan ada parti politik yang boleh berjaya mentadbir Malaysia secara bersendirian.

Padahal contoh di Terengganu dulu sangat jelas bila PAS berjaya menawan Terengganu pada PRU tahun 1999 bila PAS bekerjasama dalam Barisan Alternatif dan Hj Hadi sendiri dilantik sebagai Menteri Besar dan pada PRU berikutnya Umno BN berjaya rampas balik Terengganu bila Barisan Alternatif dilihat lemah bila DAP keluar.

Pun begitu, kalau setakat Presiden sorang yang teruk mungkin takdak masalah sangat pasai parti politik ditadir secara kolektif, lain-lain pemimpin dalam AJK PAS Pusat boleh menampung keterukkan Presiden tu macam yangberlaku sebelum pemipihan PAS yang lalu.

Masalahnya orang-orang disekeliling Presiden PAS sekarang ni pun semakin mengarut jugak. Contohnya macam yang aku ulas dalam posting aku sebelum ni berkenaan cadangan BANGANG dari Setiausaha Agung PAS untuk Kerajaan Selangor.

Contoh lain macam Dr. Zuhdi individu utama dalam 'think tank Pejabat Presiden' yang sampai sanggup melabel ahli parlimen pembangkang yang lain sebagai teruk dari ahli parlimen kanak-kanak semata-mata nak membela sebahagian kecil ahli parlimen PAS yang tak sama-sama bangun berdiri pegang plakat "Mana RM2.6Billion"

Contoh lain macam Ketua Pemuda PAS yang bagi alasan BANGANG "Saya protes dalam duduk"

"Saya protes (terhadap) BN dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun. Saya tak perlu bersama atau sama dengan sesiapa untuk menentang pengkhianat. Saya hanya perlu bersama rakyat selepas Allah," kata Nik Abduh di dalam Facebook. - Mkini.
Memang contoh yang aku bagi tu nampak remeh tapi dari sudut presepsinya isu yang nampak remeh macam tu sebenarnya sangat bagi persepsi negatif kepada pengundi dan semakin menjauhkan lagi PAS dari majoriti pengundi bukan ahli dan penyokong PAS.

Yang lebih dahsyat lagi, orang-orang disekeliling Presiden PAS sekarang ni lah yang menggerakkan kerja CELAKA melabel dan memfitnah pemimpin PAS yang selama ni dilihat progresif dengan berbagai labek buruk dan fitnah jahat dengan istilah agama sampai depa semua 'dipancung setandan secara berjamaah' oleh perwakilan masa pemilihan dalam muktamar yang lepas.


Cenangau D'kari

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena