Wednesday 28 October 2015

Ajar beruk kita dahulu! Husam berintraksi dengan surat...mencarik lagi "bekah" yang sudah ada?

Rabu, 28 Oktober 2015

Ajar beruk kita dahulu sebelum ajar beruk orang

 JERKAH SENJA
Husam berintraksi dengan surat.
Mengutus surat kepada pembesar negeri agar menjelaskan sesuatu isu atau pun memaklumkan apa-apa yang mungkin tidak diketahui oleh pembesar negeri dengan harapan ia diambil perhatian dan tindakan sudah menjadi fenomena baru sekarang ini. Apabila pemimpin bersikap mendiamkan masalah, surat adalah mekanisme terbaik untuk mengatasinya.

Bagaimana pun sedih sedikit, hal ini berlaku bukan sahaja dalam grup whatsaap tetapi terecer keluar juga ke dalam media massa yang dapat diakses oleh ramai orang. Orang politik nampak percaya masalah perlu diselesaikan secara terbuka. Pergolakan dalaman perlu dipertontonkan kepada publik.

Jika dilepaskan dalam grup whatsaap ia boleh dianggap normal dan terpelihara lagi, tetapi apabila sudah diviralkan dalam medisa massa, ia dianggap melampau. Apakah perbuatan ini memberi kesan positif ataupun mencarik lagi "bekah" yanhg sudah ada?

Saya ingin merujuk atau mengambil contoh dalam beberapa kes yang berlaku di negeri saya, Kelantan Darulnaim dengan mengutik khusus kepada surat-surat Husam Musa kepada Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan. Kalau tidak silap hitungan saya sudah dua atau tiga pucuk surat Husam yang tersebar.


Surat Husam meskipun berbentuk peribadi tetapi ia membawa suara rakyat dan rintihan umum dengan beberapa perkara yang dibangkitkan. Jika dihalusi surat-surat itu membawa nawaitu baik untuk membaiki kepincangan yang terpancar pada matanya. Husam lebih mengetahui tentang apa yang berlaku kerana beliau pernah berada dalam kerajaan selama dua penggal.

Tetapi lain bagi orang berkenaan.. yang terkena dengan surat itu akan dibaca ia satu racun kepada mereka. Apakah kalau seseorang itu membawa wabak kepada kerajaan, sehingga boleh merosakkan kerajaan maka ia tidak boleh diracun? Lalang kalau sudah memudaratkan ia perlu diracun.

Kandungan dan isu surat-surat Husam yang mempersoalkan apa yang ada dalam sanubari rakyat sepatutnya diberi perhatian oleh Ahmad Yakob, Mohd Amar Nik Abdullah ataupun pihak berkuasa lain di Kelantan. Mereka tidak boleh membiarkan begitu sahaja, apa lagi cuba melakukan reverse psikoligi yang surat itu satu pengkhiatan kepada kerajaan Kelantan. Apakah niat untuk membetulkan kesilapan dan membersihkan merupakan dosa dan satu kesalahan?

Apabila surat-surat itu atau persoalan yang dibangkitkan didiamkan sahaja, ia sesuatu yang mendukacitakan. Di sinilah bermulanya segala masalah. Bukan sahaja menunjukkan pihak kerajaan tidak mengambil berat ke atas apa yang dibangkitkan, tetapi tidak mahu bertanggungjawab. Maka jadilah surat-surat itu seperti berung betina berada dalam sangkar yang hanya bisa mengelipkan mata apabila melihat burung jantan terbang di hadapan mata sedangkan nafsu gahirahnya sudah bergelora.

Apabila apa dibangkitkan Husam tidak dijawab, sedangkan ada kebenaran dan maklumat jelas yang dituntut disebalik itu, ia mengecewakan bukan sahaja Husam tetapi mereka yang membaca dan mengetahui akan isu dibangkitkan itu. Apa pun penulis surat itulah yang paling kecewa apabila ia tidak dipedulikan kerana nawaitu sucinya tidak dihargai. Natijah daripada mendiamkan surat itu menyebabkan akhirnya ia disebarkan kepada umum. Harus difahami penyebaran itu satu bentuk untuk mendapat kepuasan ke atas apa yang diharapkan tidak dicapai walaupun ia bagi saya tidak wajar.

Lantaran itu pihak kerajaan atau simpatisnya tidak perlu marah-marah kepada penulis surat itu melainkan kena menyalahkan diri sendiri kerana bersikap pandir kepada apa yang diajukan.

Banyak keburukan daripada kebaikan apabila berlaku fenomena demikian. Di pihak yang menulis tidak berpuas hati kerana ia tidak dipedulikan. Kepada kerajaan pula ia mendapat tanggapan buruk oleh rakyat, dengan apa yang didedahkan. Surat-surat itu membenlenggu rakyat umum kerana persoalan yang sampai ke pengetahuan mereka tidak dijawab. Implikasi dari situasi itu ialah kerajaan kerana ia bakal tidak dipercayai rakyat.

Keadaan kini bertambah buruk apabila Husam sudah dianggap musuh dan diseraang tanpa hemah. Serangan ke atas Husam berlaku dan dilakukan oleh pihak-pihak yang mewakili orang dibangkitkan atau sayang kepada kerajaan Kelantan ia bukan tindakan terbaik. Ia bukan satu penyelesaian. Kalaupun Husam bersalah kerana tidak menjaga disiplin dalam berorganisasi, tetapi bukan semua kesalahan dilonggokkan ke atas kepalanya. Yang turut bersalah di sini ialah orang yang dituju atau bertanggngjawab oleh surat itu.

Secara jujur saya kurang senang dengan fenomena yang berlaku kini, kerana ia akan memborakkan lagi keadaan. Saya masih percaya meja rundingan adalah jalan islah dan penyelesaian terbaik. Sesungguhnya pintu dan jendela rundingan bagi menyelesaikan masalah berbangkit masih ada dan terbuka. Kedua pihak baik Husam dan pembesar negeri serta mereka yang menyerang Husam dari jauh atau dekat hendaklah memperakui kesilapan masing-masing.

Semua pihak harus kembali ke dalam kamar rundingan dan berbincang dengan penuh insaf dan semangat ukhwah Islamiyah. Pihak parti boleh memainkan menjernihkan keadaan ini. Parti boleh panggil Husam dan pihak-pihak tertentu di Kelantan khasnya MB dan TMB ke meja permesyuawarahn.

Di sini saya bukan hendak membela Husam, tetapi sekiranya apa yang dibangkit itu merupakan kebenaran, semua pihak kena akui. Saya tidak percaya kalau Husam berbuat begitu kerana dengki atau hasab melainkan atas nawaitu menjaga keutuhan dan kredibiliti sebuah kerajaan yang dibangunkan atas aspirasi rakyat bertunjang Islam. Membangkitkan kepincangan serupa berlaku semasa Husam berada dalam kerajaan ia bukan satu jawaban yang cerdik.

Kepada mereka di luar yang menyerang Husam, usahlah perlakukan demikian. Kalau anda mempunyai niat untuk menjaga kerajaan Kelantan cara yang ada ambil salah. Menyerang Husam sebagai membela pihak kerajaan, MB atau TMB tindakan anda itu tidak betul. Seharusnya anda mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu apakah setiap tuduhan yang dibangkitkan itu benar atau tidak. Jika ia benar maka menjadi tanggungjawab anda menyelesaikannya.

Sampah tidak boleh disembunyikan dibawah karpet, atau cicak ditusuk dalam poket. Kesalahan dan kelemahan kerajaan juga tidak boleh ditegakkan dengan kata-kata. Ayat-ayat Quran dan Hadith tidak boleh dijadikan pagar untuk memansuhkan kepalsuan. Yang haq tetap haq. Apa yang penting ialah bertindak menyelesaikan mengikut kehendak agama yang ada yakini.

Saya syorkan disini, adakan perundingan dan mesyuawarah dengan Husam. Panggil Husam ke meja rundingan secara baik. Duduklah sebaik anak beranak ataupun bagaikan adik dengan abang atau ayah dengan anak. Pihak tertinggi parti boleh memainkan peranannya. Rasanya Husam sedia untuk hadir demi kebaikan. Jangan menaruh keraguan lebih dahulu sebelum berbuat demikian. Apabila sudah dipanggil tetapi beliau enggan hadir menjawab dan menerima penjelasan saat itulah baru beliau ada kemunasabahan untuk diserang.
Atau sekiranya Husam sudah dilihat sebagai musuh atau tidak lagi akan memberi guna kepada Pas, buat apa simpan Husam lagi. Lebih baik dikenakan tindakan disiplin dan rehatkan dia daripadas Pas. Habis cerita. Tetapi cara itu walaupun halal tetapi ia sesuatu yang kejam dan bakal mengegarkan politik Kelantan. Husam akan mendapat dsimpati dan Pas Kelantan khasnya tidak mendapat keuntungan besar.

Mereka yang dengki kepadanya mungkin akan ketawa gembira, tetapi Pas dan kerajaan peninggalan Tokguru yang dibangun bersama itu akan bersedih dan dukalara melihat itu kalau ianya berlaku. Musuh Pas (kalau jadi musuh lagi) Umno tentu bertepok tangan sambil menari ronggeng.

Saya terbaca ada orang di Terengganu ikut sama mencampuri urusan politik Kelantan dengan menjadi tentera umpahan menyerang Husam. Kononnya individu berkenaan mempunyai banyak rahsia tentang Husam. Elok kalau orang Terengganu  atau orang luar Kelantan tidak mencampuri urusan di Kelantan. Polimek di Kelantan dapat diuruskan sendiri oleh orang Kelantan dan pergerakannya sangat unik. Keadaan akan jadi bertambah buruk lagi kalau orang Terengganu mencampuri urusan di Kelantan.

Sebenarnya orang Terengganu tidak perlu menjaga keutuhan kerajaan Kelantan. Orang Terengganu tidak pun layak untuk bercakap fasal Kelantan, kerana mereka tidak ada track rekod tentang kejayaan mereka di negeri Penyu itu. Apa lagi kononnya untuk menjadi dewa penyelamat. Mereka harus tilik dahulu kepada diri mereka sendiri dan menilai apa yang berlaku di Terengganu. Daripada cuba bercakap mengenai kepincangan Pas di Kelantan elok kalau orang Terengganu mencari sebab musabab kenapa kerajaan Pas Terengganu hanya bertahan empat setengah tahun sahaja?
 Kekalahan Pas di Terengganu dalam pilihan raya umum 2008 sehingga hanyut sebuah kerajaan, masih belum terjawab sampai kini. Cari jawaban dan rumusan dahulu kekalahan itu mungkin baru anda layak untuk mencampuri atau menjadi guru kepada politik Kelantan. Jangan sesekali kita hendak menjadi guru mengajar beruk orang memulas nyiur sedangkan beruk kita untuk naik pokok nyiur pun belum reti.

Sekali lagi saya ingin sebutkan semua pihak bertindaklah secara gentlemen dan bersemukakan dalam menyelesaikan apa masalah. Bukankah anton semua menerima dan mempercayai kepada al Quran. Seribu petunjuk ada dalam kitabullalh itu, atau anda hanya baca tetapi tidak mengerti jauh sekali mempraktisnya. [wm.kl.5:45 pm 28/10/15]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena