Tuesday 27 October 2015

[Video] 70% Ahli Politik Malaysia Tak Boleh Pakai! “Wa takut Miss Soru"...Semuanya menjaga tembolok masing-masing.

Rabu, 28 Oktober 2015

70% Ahli Politik Malaysia Tak Boleh Pakai…..

Oleh SadinTin

"Hari ini aku nak cerita pasal ahli-ahli politik negara Malaysia yang tercinta. Bagi aku… 70% ahli politik Malaysia tak kira dari blok pemerintah ke atau blok pembangkang ke…, semua tak boleh pakai. Semuanya menjaga tembolok masing-masing. Tak kira la dari parti mana sekali pun.

Kalau dari blok pemerintah…sebarang usul yang dibuat oleh Memanda Perdana Menteri akan diterima akan diterima tanpa sebarang bangkangan dengan alasan menghormati pendirian parti atau tak boleh langgar arahan parti. Itu bukanlah alasan sebenar kerana alasan sebenarnya adalah “Wa takut Miss Soru….”. 

Kita lihat contohnya apabila Muhyddin Yassin tegur PM maka hilanglah jawatan TPM. Bila Shafie Afdal tegur PM, hilanglah jawatan Menteri beliau. Bila ahli tegur presiden dalam perbahasan Mesyuarat Agung, dibuang dari parti (Pn. Aina – Langkawi) dan bila penjawat awam nak melaksanakan tugas dengan lebih telus, samaada ditukar atau dipencen awalkan (bekas Peguam Negara dan juga anggota SPRM). 

Jadi apa yang perlu ahli politik blok pemerintah lakukan adalah membela presiden mereka walaupun kadang-kadang ucapan pembelaan mereka memancarkan tahap kebodohan paling maksima dalam keintelektuallan mereka. Itu semua dilakukan adalah untuk menjaga tembolok mereka supaya tidak kering seperti rakyat yang diperah bak kain basah. Pergi mampus dengan rakyat yang mengundi aku…pergi mampus dengan rakyat yang menolak aku. Yang penting aku diatas dan tembolok aku penuh. Itu flasafah ahli politik blok pemerintah.


Bagi blok pembangkang pun sama. PAS menukar wadah dari NEGARA ISLAM kepada NEGARA BERKEBAJIKAN. Maka berebut-rebutlah ahli-ahli politik PAS membuat roadshow keseluruh negara menerangkan bahawa NEGARA KEBAJIKAN membawa maksud hampir sama dengan NEGARA ISLAM kerana ISLAM mengutamakan KEBAJIKAN. 

Makin dekat dengan musim pilihanraya, makin banyak roadshow dibuat untuk diberi penerangan dan yang paling utama ialah meminta derma kerana kononnya PAS adalah sebuah parti miskin yang memerlukan derma untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional. Maka crowd puller seperti Mat Sabu, Husam, Khalid Samat, Mazlan Aliman, Dr. Hatta Ramli, Dr.Mujahid dan ramai lagi meninggalkan rumah untuk bergerak satu Malaysia bagi berkempen dengan berdiri satu pentas dengan Anuar Ibrahim, Tian Chua, Saifuddin Nasution, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan ramai lagi atas nama PAKATAN RAKYAT. 

Semakin banyak majlis yang dihadiri oleh nama-nama besar, semakin banyak duit derma yang masyuk. Akhirnya bila tiba masa penamaan calun, tikaman mula berlaku. Saya mengatakan tikaman dan bukan tikam menikam kerana hanya satu pihak sahaja yang menikam dan tiada tikaman balas dari pihak lain. Yang sedihnya parti yang menikam tu pulak parti yang mengaku sebagai parti Islam. Dituduhnya calun yang ditikam dengan pelbagai tuduhan yang yang tiada bukti sehingga calon BN menang dengan mudah. Lepas tu tak mengaku… hahah… parti islam apa macam tu….Lebih baik tulis Parti Islam Separuh..

Bila buat muktamar, tuduh orang tu agen DAP la, agen Anwar la dan macam-macam lagi sampi suruh keluar parti. Bila puak-puak yang kena tuduh ni keluar, dituduhnya pengkhianat la…sampai satu tahap aku sendiri tak yakin ni parti Islam sebenar. Yang terbaru pula guna nama Dr.Yusuf Qardhawi pula untuk mengharamkan Parti Amanah yang ditubuhkan oleh orang-orang yang DIHALAU keluar dari PAS.

Lepas tu mula la buat roadshow tentang hal ehwal dalaman parti untuk mendapatkan balik sokongan dari puak-puak yang terjejas. Hal GST, hal kenaikkan harga barang, Hal kenaikkan harga minyak langsung tak dipeduli. Yang penting tembolok masing-masing mau jaga. Dah putus dengan DAP tapi masih tak nak letak jawatan di negeri yang dipimpin oleh DAP. Apa punya haprak ulama macam tu dalam PAS. Arwah bapak aku ajar, kalua tak suka, berhenti…jadi tak kira la berapa gaji aku, bila aku tak suka aku akan berhenti… Bahkan pernah bekas boss dating rumah offer kat bini aku pujuk supaya aku masuk balik kerja dengan imbuhan bulanan kepada bini aku pun aku tak ingin. Tak mahu jilat balik ludah tu woii…. Tapi ulama PAS ni jenis ludah jilat balik…

PKR pun sama juga. Waktu awal penubuhan dulu kita Nampak hala tuju yang bagus. Walaupun Nampak seperti membela nasib Anwar Ibrahim, tetapi ianya tetap nampak kompiten dalan memperjuangkan rakyat. Waktu tu banyak hero muncul… Azam, Roslan Kassim, Lukman Nor Adam, Zahid Hamidi, Saifuddin Nasution, Rahim Ghaouse, Azmin dan beberapa nama lagi seperti Chandra Muzafar. Saya suka menyebut awal nama-nama seperti Azam, Roslan Kasim, Lokman Nor Adam, Zahid Hamidi dan Candra Muzafar kerana mereka2 ini merupakan orang kuat KeADILan tetapi akhirnya mencanak lagi kerana tembolok.

Di Era Reformasi, muncul pula nama-nama baru seperti Tian Chua yang menunjukkan kehebatan dengan berbaring dihadapan lori FRU dan dianggap paling hero di medan jalanan. Tetapi tanpa dokongan yang kuat dari almarhum Ustaz Fadzil Nor dan juga Tuan Guru Nik Aziz, PKR dah lama berkubur. Sama seperti PAS, PKR juga melaungkan untuk memperjuangkan rakyat dan macam-macam lagi janji-janji yang diutarakan semasa kempen pilihanraya dan ALLAH mengizinkan dengan memberi 5 buah negeri untuk diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kelantan, Perak dan Kedah oleh PAS, Selangor oleh PKR dan Pulau Pinang oleh DAP. 

Seperti yang diketahui, Perak hilang setelah berapa bulan diperintah oleh PR diatas perjuangan tombolok oleh beberapa ADUN dari PKR, DAP dan PAS yang melompat macam monyet untuk mendapatkan habuan dari pihak BN. Kelantan diterajui oleh Tuan Guru Nik Aziz yang sememangnya mengikut model pentadbiran Islam yang diterima oleh semua kaum di Kelantan kecuali pihak pembangkan (di Kelantan – BN pembangkang). 

Terangganu yang ditadbir oleh Hadi Awang hanya bertahan sepenggal kerana taka da ADUN melompat tapi cara Hadi mentadbir tak dapat diterima oleh masyarakat Melayu di Terangganu. Orang Terangganu kata Hadi ni tak mesra alam. Sama juga di Kedah, Pas diberi peluang memerintah dan hanya bertahan selama sepenggal kerana macam Hadi juga, ustaz Azizan pun dianggap cengei bagi orang utara. Hanya dia saja yang betul.

Di Selangor, PKR dikendalikan oleh Khalid Ibrahim seorang tokoh usahawan yang membawa masuk Sime Darby ke Malaysia. Dengan latar belakang sebagai ahli korporat, kita boleh menjangkakan bahawa corak pentadbiran beliau akan kearah korporat management. Tanpa ilmu politik, Khalid Ibrahim menjadi menteri besar Selangor dengan pelbagai rancangan dalam membantu rakyat disamping menambah pendapatan negeri. 

Tak dapat disangkalkan bahawa sepanjang kendalian Khalid Ibrahim, Selangor mencatat pendapatan yang tinggi dan beberapa program kebajikan rakyat dilaksanakan. Tetapi langit tidak selalu cerah kerana sebagai Menteri Besar dari parti Pakatan Rakyat, Khalid Ibrahim yang berjiwa korporat menggunakan pendekatan ketelusan sehingga mengabaikan penyokong-penyokong pakatan rakyat. Sebagai contoh, Khalid Ibrahim akan memilih kontraktor yang memberikan sebutharga terbaik bagi projek di Selangor tanpa mengira kontraktor tersebut mendokong parti pemerintah (PR) atau parti pembangkang (UMNO/BN).

Beliau tidak sedar bahawa ketelusan beliau membawa kesusahan kepada kontraktor dari Pakatan Rakyat. Ini kerana sebelum PR memerintah, BN selalu meminggirkan kontraktor penyokong PR dengan tawaran tender terus kepada kontraktor BN. Ini kerana, para kontraktor BN ini akan menjadi mesin wang kepada BN jika berlaku pilihanraya kecil. Bagi kontraktor PR pula, sewaktu BN memerintah, mereka terpinggir tetapi masih meneruskan sumbangan kepada PR dalam menjatuhkan BN. Apabila BN jatuh dan PR naik, sekali lagi mereka disisihkan diatas semangat ketelusan oleh Khalid Ibrahim. 

Khalid Ibrahim lupa bahawa para kontraktor UMNO/BN akam meletakkan harga yang paling rendah untuk menafikan kejayaan kontraktor PR dan sekiranya mereka rugi, terdapat orang-orang bahagian dan pusat yang akan membantu mereka dan ditambah dengan sifat kedekut Khalid Ibrahim dalam menyalurkan peruntukkan kepada ADUN PR maka disitu timbullah idea Kajang Move yang mana ditolak oleh Hadi Awang walaupun disokong oleh barisan pimpinan PR yang lain.

Setelah Azmin ditabalkan menjadi Menteri Besar yang baru, kita melihat pentadbiran Najib semakin menekan rakyat. Tapi yang celakanya….bukan Najib saja yang menekan rakyat, Azmin pun sama. Rakyat yang tertekan dengan kenaikkan kos sara hidup disebabkan GST, Minyak dan yang terbaru TOL cuba menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan membuka warong burger dan warong-warong makanan ringan. Tanpa memikirkan betapa susah rakyat mencari pendapatan tambahan kerana kerajaan negeri juga tidak mempunyai idea bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat Selangor, Majlis Perbandaran dibawah kerajaan Negeri Selangor bertindak meroboh dan merampas gerai-gerai dan peralatan mereka-mereka yang menjaja untuk menambah pendapatan keluarga.

Disini aku bukan nak sokong sesiapa tetapi aku puji Dato Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan. Dia tahu bahawa kos sara hidup tinggi tapi dia tak mahu mana2 agensi penguatkuasaan menganggu para peniaga kecil ini. Biarkan mereka berniaga… Itu aku dengar sendiri dari mulut dia yang dimuatkan dalam youtube…

Sekarang geng-geng PKR bertekak merebut jawatan. Nak jatuhkan presiden dan juga setiausaha agung dengarnya. Wei kau orang semua, Rafizi tu layak berada disitu berbanding yang lain. Saya tak pernah dengan Tian Chua berbahas dalam Parlimen. Tak pernah melihat baik Azmin, Tian Chua mahupun Khalid Ibrahim semasa berada didalam KeADILan mencari dan membentang fakta seperti Rafizi. Rafizi mencari fakta untuk diberitahu kepada rakyat. Yang kau orang tahu hanya jaga tembolok masing-masing.

DAP pun sama…tapi masih terbaik dari kalangan parti-parti yang lain. Dituduh dengan pelbagai tuduhan rasis dan agen komunis, mereka masih lagi memberi dan menaikkan peruntukkan kepada Agama Islam setiap tahun di Pulau Pinang.

Dah dua hari Parlimen bersidang, hanya nama2 pemimpin dari DAP sahaja yang bangun dalam menyuarakan hal TOL dan GST.. Mana Tantawi Vellfire….Mana Nik Abduh…Mana Tuan Ibrahim….dan mana Hadi Awang yang tengelam dengan HUDUDnya… Mana Tian Chua….Mana Azmin…..

Apa yang pasti mereka-mereka ni bila kalah pada pilihanraya depan dah pasti ada pencen Ahli Parlimen makan sampai mati…..Pooorah…..

sadindalamtin.blogspot.com

BERSAMA PIMPINAN PAKATAN HARAPAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena