Monday 26 October 2015

Bajet 2016 untuk JPM: Bajet Najib, oleh Najib, untuk Najib...Adehh! Malaysia Awak di Mana ?

Isnin, 26 Oktober 2015

Bajet 2016 : Bajet Najib, oleh Najib, untuk Najib

FMT October 26, 2015
Pada 2016, buat pertama kalinya bajet untuk Jabatan Perdana Menteri mencecah lebih dari 7 peratus dan ia jelas satu bajet untuk Najib oleh Najib.
najjib-razak,bajet-2016
Oleh Liew Chin Tong
PETALING JAYA: Saya sifatkan Bajet 2016 tidak lebih sekadar ‘Bajet Najib, oleh Najib dan untuk Najib’ semata-mata.
Bajet tersebut antaranya menampilkan 3 intisari penting:
Pertama, jumlah perbelanjaan bajet menurun buat pertama kalinya sejak tahun 2010 yang lalu. Perbelanjaan bagi tahun 2015 adalah RM 274 bilion manakala RM267 bilion telah diperuntukkan bagi 2016, menunjukkan penurunan sebanyak RM7 bilion.
Kedua, pemotongan bajet adalah amat diperlukan disebabkan oleh kejatuhan besar hasil petroleum.
Kerajaan mensasarkan perolehan RM39 bilion daripada GST di mana RM21 bilion adalah pendapatan baru bersih selepas ditolak kutipan yang diketepikan daripada pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia telah memikul tambahan beban cukai yang baru sebanyak RM21 bilion menerusi GST.
Ketiga, umum rakyat akan membayangkan bahawa perbelanjaan yang tidak ada keperluannya akan dipotong sebaliknya perbelanjaan yang berasas dan amat diperlukan pula akan disimpan. Tetapi Bajet Najib ini tampaknya ‘abnormal’ dan songsang sama sekali.
Pemotongan besar-besaran telah dikenakan ke atas pendidikan, kebajikan dan perbelanjaan sosial tetapi Jabatan Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengurangkan perbelanjaan, bahkan lebih banyak wang diperuntukkan untuk 2016 (dari RM19 bilion pada tahun 2015 kepada RM20.3 bilion untuk 2016). Jumlah ini telah mengambil sebahagian jumlah yang besar daripada kewangan negara.
Menjelang 2016, Jabatan Perdana Menteri akan mengambil 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan bajet.
Sedekad yang lalu (2006), Jabatan Perdana Menteri hanya mewakili 2.67% daripada jumlah perbelanjaan bejet negara. Pada tahun 2007 dan 2008 pula, masing-masing 3.81% dan 3.4%.
Selepas ‘tsunami’ pilihan raya Mac 2008 dan ancaman ‘lompat parti’ oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, lebih banyak sumber telah diperuntukkan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk Perdana Menteri sendiri menyatukan pangkalannya dalam UMNO sekaligus melawan kemaraan pembangkang.
Jabatan Perdana Menteri menerima 6.71%, 6.37% dan 6.74% pada tahun 2009, 2010, 2011. Untuk tahun-tahun berikutnya, 5.38% (2012), 5.24% (2013), 6.23% (2014) dan 6.96% (2015).
Pada 2016, buat pertama kalinya bajet untuk Jabatan Perdana Menteri mencecah lebih dari 7%.
Sesungguhnya ia tidak lain dan tidak bukan, ‘bajet Najib, oleh Najib dan untuk Najib’!
Bajet bagi Jabatan Perdana Menteri 2006-2016 (dalam peratusan)
bajet
Liew Chin Tong adalah Pengarah Politik Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kluang.
 
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dari pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT. 

6 hrs 
 

Malaysia Awak di Mana ???

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena