Monday 26 October 2015

Bantah Dalam Duduk? Nik Abduh Perkenal Cara Baru Protes...Aa ceh, ceeh!

Isnin, 26 Oktober 2015

Nik Abduh Perkenal Cara Baru Protes - Bantah Dalam Duduk..

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, beliau membantah dalam duduk ketika menjawab persoalan kenapa beliau tidak sama-sama menaikkan sepanduk "Mana wang 2.6 bilion" dalam Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

"Ramai desak saya, mengapa tak turut bangun tanya 'Mana 2.6B?'. Saya jawab, kerana semua di hadapan saya bangun berdiri puji perdana menteri sambil angkat buku bajet.

"Saya pun duduk, protes 'bajet panadol' yang takkan berjaya," katanya melalui satu posting di Facebook miliknya, merujuk Bajet 2016 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak 23 Oktober lalu.

"Saya protes Barisan Nasional (BN) dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun. Saya tak perlu bersama atau sama dengan sesiapa untuk menentang pengkhianat.

"Saya hanya perlu bersama rakyat selepas Allah," kata Nik Abduh yang juga ketua Pemuda PAS itu.

Nik Abduh membuat jawapan itu selepas pelbagai pihak bertanya kenapa beliau dan majoriti 13 pemimpin kanan PAS lain tidak turut mengangkat sepanduk "Mana wang 2.6 bilion" sebagaimana yang dilakukan ahli Parlimen pembangkang selepas Najib selesai membentangkan bajet itu.

Hanya dua wakil rakyat PAS – Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang turut sama mengangkat sepanduk itu.

Turut tidak mengangkat sepanduk itu adalah setiausaha agung PAS Takiyudin Hassan (Kota Baru), ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan (Temerloh) dan beberapa orang lagi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada dalam Dewan Rakyat ketika bajet itu dibentangkan.

BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena