Thursday 22 October 2015

Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu esok 23.10.2015 (Jumaat)

Khamis, 22 Oktober 2015
Kenyataan Media KPM Sekolah Tutup Buka 23 Oktober 2015
Muka 2


Berita terkini senarai sekolah cuti jerebu esok 23.10.2015

Keadaan berjerebu di beberapa negeri semenanjung pada Khamis, 22 Oktober 2015 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras tidak sihat. 

Malah kualiti udara di negeri utara semenanjung, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mencecah ke paras sangat tidak sihat (201-300) menurut rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia setakat jam 5 petang. 

Susulan daripada keadaan jerebu yang berterusan melanda negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengumuman bagi memaklumkan sekolah di negeri, daerah atau bahagian kawasan dilanda jerebu teruk yang perlu ditutup esok (23 Oktober 2015, Jumaat) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid tidak terjejas.

SENARAI NEGERI PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU 

Bagi memberikan maklumat terkini dan tepat, MYsumber akan mengemaskini senarai negeri/ bahagian/ kawasan yang terlibat dengan penutupan sekolah esok, sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh KPM.

Dikemas kini jam 5.39 petang

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media pada petang Khamis telah memaklumkan bahawa sekolah di negeri dinyatakan seperti dibawah perlu ditutup dan pelajar diberi cuti sehari pada Jumaat 23 Oktober 2015. 

Penutupan Sekolah Pada 23.10.2015 Akibat Jerebu 

Penutupan sekolah di seluruh kawasan / daerah (negeri) adalah seperti berikut: 

Perlis 

Pulau Pinang 

Perak 

Menerusi kenyataan media yang sama, KPM turut memaklumkan sekolah di negeri dan kawasan / bahagian / daerah yang ditutup pada Khamis (22 Oktober 2015) perlu dibuka semula sesi persekolahan hari esok (Jumaat, 23.10.2015). 

Negeri sekolah yang ditutup hari ini perlu dibuka semula esok adalah seperti berikut:

Pembukaan Sekolah:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 

Negeri Sembilan 

Selangor 

Pahang – Betong 

Sarawak – Bahagian di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong

Pautan Sumber: mysumber.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena