Thursday, 8 October 2015

[Video] Frog VLE - Beban guru sampai tahap mahu gantung diri..."Sekolah yang tidak memenuhi sasaran akan DIMALUKAN.”

Khamis, 8 Oktober 2015

frog
 22 0 0 29

Frog VLE: Beban guru sampai tahap mahu gantung diri

PETALING JAYA: Kaedah baru sistem pembelajaran berasaskan web, 1BestariNet dikatakan memberi kesan bukan setakat fizikal, malah mental para guru.
China Press melaporkan di bawah sistem itu, ia akan meletakkan seluruh komuniti pendidikan di bawah rangkaian tunggal dikenali Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanapun ia dikatakan terlalu membebankan.
“Namun, sistem itu dilapor meletakkan guru-guru berhadapan pelbagai masalah khususnya tidak cukup tidur kerana terpaksa mengendalikan tugas-tugas pengendalian yang rumit dan memakan masa.
“Para guru mengadu mereka dipaksa menggunakan sistem Frog VLE dalam kelas dan sekolah-sekolah oleh pegawai pendidikan dan mana-mana sekolah yang tidak memenuhi sasaran akan dimalukan,” petik akhbar itu.
Dalam laporannya, ia juga mendakwa masa lama yang dihabiskan di hadapan komputer turut memberi kesan kepada mata guru kerana terpaksa berjaga sehingga lewat malam.
“Ya Tuhan, selamatkan kami. Kami naik gila. Saya mahu menggantung diri saya tetapi tidak mempunyai masa mencari tali untuk melakukannya,” kata Jie kepada China Press.
Guru terbabit mendakwa sistem itu meletakkan mereka dalam situasi tertekan semata-mata untuk menunjukkan prestasi baik mereka di bawah projek berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Chong Sin Woon menyatakan pihaknya akan mengumpul maklum balas daripada guru-guru yang terlibat dan akan membincangkan masalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan beban kerja mereka.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena