Monday 9 November 2015

Amanah sedia ganti PAS di Kelantan, kata Mat Sabu..."Bagi 'menyelamatkan' kerajaan Islam yang ditubuhkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz."

Selasa, 10 November 2015

Amanah sedia ganti PAS di Kelantan, kata Mat Sabu
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, parti bersedia bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 jika mempunyai sokongan padu rakyat di sana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2015.
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, parti bersedia bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 jika mempunyai sokongan padu rakyat di sana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2015.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas, malam tadi.
Mat Sabu berkata pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan PKR.
"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (pilihan raya negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya. – Bernama, 10 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/amanah-sedia-ganti-pas-di-kelantan-kata-mat-sabu#sthash.cs5tSLkX.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena