Monday 9 November 2015

DAP cadang perjanjian TPPA dinilai Suhakam...KERajaan UMNO/BN begitu agresif buat 'roadshow' Last2 GST juga dilaksanakan...TPPA?

Selasa, 10 November 2015
5 hrs 
 

Bertuah rakyat M'sia kerana kerajaan kita begitu akrab dgn pendokong No.1 Israel laknatullah AS..
Nampaknya KERAjaan UMNO/BN begitu agresif buat 'roadshow' utk menerangkan ttg kebaikan TPPA ke seluruh negara sptmana roadshow GST sebelum ini..
Last2 GST juga dilaksanakan.. TPPA ???
Sendiri mau ingat ler..
p/s: Minggu lps Setiausaha Pertahanan AS Ashton Carter telah tiba di Kota Kinabalu, Sabah utk menghadiri satu mesyuarat di M'sia.

DAP cadang perjanjian TPPA dinilai Suhakam
Putrajaya patut serahkan dokumen TPPA kepada Suhakam untuk diteliti bagi memastikan ia selaras dengan hak asasi manusia, kata Charles Santiago. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.
Putrajaya patut serahkan dokumen TPPA kepada Suhakam untuk diteliti bagi memastikan ia selaras dengan hak asasi manusia, kata Charles Santiago. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2015.

Ahli Parlimen Klang itu berpendapat perjanjian tersebut bukan hanya melibatkan perdagangan antara negara tetapi juga memberi impak besar daripada segi kehidupan rakyat, seperti perubatan, pekerjaan, dan kebebasan hak bersuara.
"Saya mencadangkan supaya pihak kementerian menyerahkan dokumen ini kepada pentaksiran Suhakam.
"Ia sangat penting. Sekiranya kerajaan tidak melaksanakannya dalam masa 2 minggu setengah, maka pejabat kami akan menyerahkannya sendiri untuk Suhakam mengkaji perjanjian tersebut daripada perspektif hak asasi manusia," katanya kepada pemberita di pusat khidmat Ahli Parlimen Klang hari ini.
Beliau berkata, Suhakam akan menilai dokumen perjanjian tersebut dan memaklumkan kepada rakyat Malaysia sama ada ia mencapai standard hak asasi manusia kerana perjanjian ini melibatkan perkara yang lebih besar berbanding perdagangan antarabangsa.
Sebelum ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata TPPA tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal.
Beliau berkata, Malaysia akan mengekalkan dasar sedia ada berkaitan sektor itu.
"Saya ingin menjelaskan di sini, ia (farmaseutikal) membabitkan paten selama 20 tahun dan ia melindungi dasar sedia ada manakala bagi ubat yang tidak berasaskan kimia, kita mempunyai perlindungan data eksklusif 5 tahun."
Pada masa depan, Mustapa berkata, ubat berasaskan biologi akan diletakkan di bawah ubat konvensional agar tidak terjejas dengan pelaksanaan TPPA. – 9 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-cadang-perjanjian-tppa-dinilai-suhakam#sthash.JKLgHj13.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena