Monday 9 November 2015

Hadi dah boleh bentang HUDUD di Parlimen tanpa sebarang halangan, kata Peguam Kanan Persekutuan

Isnin, 9 November 2015
Empat individu hari ini gagal menghalang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang rang undang-undang berkaitan hudud di Parlimen 

Dicatat oleh ustazcyber.com di 5:20:00 PTG 
Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Hadi dan 4 yang lain untuk membatalkan saman tersebut atas alasan individu berkenaan tiada locus standi (kedudukan di sisi undang-undang) berbuat demikian. 

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar dihadiri kesemua pihak. 

Peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Hadi berkata yang Hakimjuga menyatakan sebagai anggota Parlimen, Hadi mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan Akta Parlimen. Selain Hadi, 4 individu tersebut iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, 2 Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan. 

Mereka memfailkan saman pemula itu pada 12 Jun lepas bagi mencabar pembentangan Rang ..... Undang-undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan. 

Empat individu itu turut memohon 1 deklarasi pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma Buku Jingga Pakatan Rakyat Abdul Hadi. 

Tambah Takiyuddin, hakim juga menyatakan 4 individu berkenaan sepatutnya memfailkan permohonan itu melalui semakan kehakiman dan bukan saman pemula. 

"Mahkamah menerima hujah kaedah yang diambil plaintif adalah tidak betul kerana sepatutnya ianya melalui semakan kehakiman. Mahkamah juga bersetuju plaintif tidak menunjukkan mereka mempunyai hak untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana tiada di dalam dokumen menjelaskan siapa mereka. 

"Malah daripada 4 plaintif, hanya 1 plaintif (Mansoor) yang membuat afidavit dan mewakili 3 yang lain, sama ada mereka pengundi berdaftar atau ahli Pakatan Rakyat. "Mahkamah juga mendapati plaintif tidak mempunyai locus standi dalam mengambil tindakan ini dan tuntutan yang dibuat adalah pramatang serta hanya andaian. Ia menyalahguna proses mahkamah,' katanya. 

Takiyuddin berkata mahkamah juga bersetuju menurut Akta Relif Spesifik 1950, tiada siapa yang boleh menyekat anggota Parlimen membawa perkara dan usul untuk dibentangkan. 

"Hakim turut bersetuju Akta Prosiding Kerajaan 1956 menetapkan kakitangan kerajaan tidak boleh dikenakan perintah injunksi. Ia merujuk kepada setiausaha dewan berkenaan," katanya. 

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili defendan berkata dengan keputusan tersebut Abdul Hadi boleh membentangkan rang undang-undang berkenaan tanpa sebarang halangan. – Bernama, 9 November, 2015. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena