Monday 9 November 2015

Siasat 1MDB, bukan anak Azmin, kata DAP kepada polis..."BN cuba untuk menindas pembangkang"

Isnin, 9 November 2015

Siasat 1MDB, bukan anak Azmin, kata DAP kepada polis

DAP membidas tindakan polis yang mengarahkan anak Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk tampil ke balai polis kerana menyertai perhimpunan BERSIH 4 yang didakwa sebagai pendakwaan terpilih.

"DAP Selangor menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk menghentikan gangguan terpilih ke atas Basheer Azmin, seorang pelajar berusia 15 tahun yang akan mula menduduki peperiksaan akhir di sekolahnya minggu ini.

"Apakah yang polis fikirkan?

"Sudah dua bulan sejak perhimpunan BERSIH dan tiba-tiba, ataupun sekadar kebetulan polis mengkehendaki kehadiran Basheer pada hari peperiksaan akhirnya?" kata Pengerusi DAP Selangor dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan polis mahu menyoal Basheer menunjukkan bahawa polis bermotifkan politik, dan bahawa BN cuba untuk menindas pembangkang.

Pua juga mempersoalkan sama ada polis akan menyiasat semua mereka yang hadir pada perhimpunan BERSIH 4.

"Adakah polis akan memanggil sehingga 500,000 orang yang hadir pada perhimpunan BERSIH untuk siasatan?

"Tindakan ini tidak membantu persepsi bahawa pasukan polis adalah bermotifkan politik dan kerajaan pusat pimpinan BN menggunakan setiap jentera kerajaan untuk menindas pembangkang," kata Pua.

Sementara itu, ADUN Balakong Ng Tien Chee turut mengecam tindakan polis untuk mengarahkan anak menteri besar Selangor itu untuk dirakamkan kenyataannya.

Katanya, sumber terhad polis seharus lebih baik digunakan untuk menyelesaikan kes tertunggak seperti dakwaan salah urus firma pelaburan negara 1MDB.

"Polis harus menumpukan usaha mereka menyiasat banyak kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan," kata Ng.

Jika tidak, katanya, cadangan Bajet 2016 yang menaikkan peruntukan untuk Kementerian Dalam Negeri akan sia-sia.
Kedah Lanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena