Wednesday 11 November 2015

Pulau Pinang melarang 'warganegara asing' menjadi tukang masak..."Dunia akan ketawakan", kata Chef Wan. Pulak dah!

Khamis, 12 November 2015

Itu pandangan Chef Wan, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau menerima kritikan tukang masak popular Chef Wan berhubung cadangan negeri mahu melarang tukang masak asing menyediakan makanan tempatan di negeri itu.
“Kami terima pandangan Chef Wan (kiri) dengan hati terbuka. Ini pandangannya, beliau tidak setuju dengan langkah itu, mungkin yang lain setuju.
“Kita tidak takut pada kritikan, kami terbuka dengannya, dan terbuka kepada maklum balas awam,” kata Lim dalam sidang media hari ini.
Lim berkata, kenyataan Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dialu-alukan walaupun beliau bukanlah penduduk Pulau Pinang.
The Star melaporkan Chef Wan sebagai berkata, Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika Pulau Pinang melaksanakan rancangan melarang warganegara asing daripada menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya.
“Bukankah lebih baik melatih mereka dengan baik dan menyelia mereka melakukan kerja lebih baik?” beliau dipetik sebagai berkata.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena