Wednesday 1 June 2016

[Video] Abduh kata 'ahli mabuk' & DAP 'beri arak' untuk tubuhkan Amanah pulak dah!

Rabu, 1 Jun 2016

DAP 'beri arak', AMANAH pun tertubuh - Nik Abduh

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).
‎Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, DAP sebenarnya sombong sehingga mereka tidak sedar kesombongan sendiri.
Sebaliknya, katanya, parti itu pula menuduh beliau bersikap sedemikian.
"Saya nak beritahu DAP yang sombong sehingga dia tak tahu dia sombong, sehingga dia kata saya pula sombong.
"DAP sombong, pertama saya nak tanya dalam c‎erita kita bersama dulu siapa yang mula serang terhadap presiden PAS? DAP.
"Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh‎‎," katanya pada sidang media sempena Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.
Semalam‎ beberapa cemuhan dilemparkan terhadap Nik Abduh yang dilabel sebagai angkuh susulan cadangan agar PAS mengkaji semula kerusi yang 'dipinjamkan' kepada bekas rakan sekutunya sebelum ini
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena