Tuesday 22 May 2018

[Video LIVE: Media berkumpul mengikuti perkembangan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham KL] Gobind - Jalur lebar dua kali lebih pantas, pada separuh harga & Wahai Pas! TAHUKAH kamu, 1MDB & Arul Kanda telah MENIPU rakyat Malaysia

Rabu, 23 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.

Sebelum ini kami di SR telah mendedahkan melalui posting kami di (https://www.facebook.com/suararakyatpage/posts/864738077038044) pada tahun lepas lagi mengenai siri penipuan 1MDB & Arul Kanda mengenai program rasionalisasi utk nak selesaikan hutang 1MDB. TETAPI PAS masih rela nak duduk berbincang dgn kaki penipu Arul.. KENAPA ??!

Sebab itulah Pakatan Harapan (PH) tiada bersama2 PAS utk turut serta bincang dgn penipu Arul.

TAHUKAH ANDA..
1MDB & Arul Kanda MENIPU rakyat Malaysia melalui kenyataan media pada 11 Ogos 2017 yg menyatakan 1MDB bayar hutang IPIC melalui hasil dari program rasionalisasi 1MDB.

HAKIKATNYA..
Menteri Kewangan baru Lim Guan Eng mendedahkan Kementerian Kewangan (MoF) sebenarnya yg bayar hutang 1MDB (hutang IPIC), bukannya program rasionalisasi syarikat berkenaan


Jalur lebar dua kali lebih pantas, pada separuh harga - Gobind

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Gobind Singh Deo berkata beliau akan berusaha mewujudkan sistem jalur lebar yang “double the speed, half the price” (dua kali lebih pantas pada separuh harga) bagi kemudahan rakyat.
Beliau berkata pada masa ini, ramai yang membuat aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza dengan negara-negara maju.
Gobind yang memulakan hari pertamanya bertugas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) semalam, berkata pihaknya akan melihat pelbagai aspek termasuk masalah yang dihadapi syarikat telekomunikasi dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara ini.
"Kalau kita lihat jalur lebar di negara lain, perkhidmatan yang diberikan itu taraf berbeza dengan apa yang kita (Malaysia) ada, jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh mencontohi sistem-sistem lain yang ada di luar negara. Itu adalah satu perkara yang saya akan cuba, juga sebahagian daripada pelan 100 hari," katanya dalam rancangan Bicara Khas yang disiarkan secara langsung oleh RTM, malam tadi.
Justeru kata beliau, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat telekomunikasi untuk membincangkan perkara tersebut.
Gobind berkata beliau juga komited untuk menjamin kebebasan media dalam melaporkan berita dan membuat kritikan kepada kerajaan.
Beliau berkata laporan berita dengan tepat tanpa berat sebelah mampu mencorak pemikiran masyarakat, sekali gus membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.
"Dalam Pakatan Harapan memang kita bersandarkan kepada gelombang kita mahu menegakkan sistem kebebasan lebih kepada semua pihak dan satu aspek yang penting ialah media," katanya.
Gobind berkata rakyat negara ini juga telah matang untuk menonton program perdebatan di kaca televisyen bagi mendapat maklumat dan memahami sesuatu isu yang timbul.
"Kalau kita nak adakan satu debat, perbahasan, saya rasa tidak ada masalah, kita sebenarnya setiap hari ada perdebatan walaupun di kedai kopi," katanya.
Dalam pada itu, Anggota Parlimen Puchong yang terkenal kelantangannya di Dewan Rakyat itu turut mengalu-alukan kritikan terhadap kerajaan Pakatan Harapan oleh pihak pembangkang ketika di Parlimen.
"Saya harap mereka diberikan ruang sepenuhnya untuk berbahas di Parlimen dan bawa isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, kritik kerajaan kita sebagaimana perlu, kita tidak seharusnya mempunyai speaker yang menyekat pembangkang membawa isu-isu dan itu perbezaan kita dengan kerajaan terdahulu,” katanya.
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena