Tuesday 22 May 2018

[Video MESYUARAT KEPIMPINAN KABINET PH] Dr Mahathir masuk pejabat perdana menteri hari ini.

Rabu, 23 Mei 2018


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memulakan tugas secara rasmi dari Perdana Putra di Putrajaya.
Dr Mahathir sebelum ini beroperasi di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, sejak kembali menerajui kembali tampuk pemerintahan negara setelah Pakatan Harapan yang dipimpinnya memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.
Beliau yang memakai sut hitam tiba pada kira-kira jam 8.25 pagi di lobi Perdana Putra dengan disambut Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Dr Mahathir kemudian disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Aras 5, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri dan diikuti bacaan doa sebelum memasuki pejabatnya.
Beliau juga menandatangani surat memulakan tugas.
Dr Mahathir akan mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama selepas ini.
Beliau kembali bertugas di Pejabat Perdana Menteri itu selepas 15 tahun. Beliau menjadi perdana menteri Malaysia keempat sejak 1981 sebelum meletak jawatan pada 2003 setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun.
Dr Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia pada 10 Mei berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 itu, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena