Saturday 13 October 2018

[Video 2 sebab: Gaji belum masuk, kenyataan Dr M - calon PAS] Blue Taxi mahu anjur demo bantah k'jaan promosi Grab

Sabtu, 13 Oktober 2018

Syarikat teksi mahu anjur demo bantah k'jaan promosi Grab

Blue Taxi mahu anjur demo bantah k'jaan promosi Grab

Syarikat teksi Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd (Big Blue Taxi) mempertikai langkah kerajaan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pengguna MRT.
Penasihat syarikat itu, Shamsubahrin Ismail berkata langkah itu disifatkan tidak adil dan terang-terang menunjukkan kerajaan mempromosikan Grab tanpa mempertimbangkan penyedia perkhidmatan e-hailing lain.
Sehubungan itu, Shamsubahrin berkata pihaknya akan menganjurkan demonstrasi bagi menuntut Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dipecat daripada jawatan mereka.
"Saya akan anjurkan satu demonstrasi terbesar diiringi lebih 3,000 pemandu ke Putrajaya bagi memastikan perdana menteri mengambil tindakan terhadap Anthony Loke and Tony Pua.
"Saya kecewa dengan Tony kerana mengumumkan perbincangan kerjasama itu dan juga terhadap Anthony kerana kegagalan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam menguatkuasakan undang-undang yang tegas terhadap Grab dan pemandunya," katanya pada satu sidang media di Ampang Selangor, hari ini.
Menurut Shamsubahrin, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pemandu teksi seluruh negara menyatakan sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Tak ada seorang pun yang mengibarkan bendera BN atau memakai baju BN, melainkan kroni BN.
"Jadi kenapa mereka (HARAPAN) mahu 'bunuh' kami pula sekarang?"soalnya.
Shamsubahrin berkata demonstrasi itu dijangka berlangsung pada Rabu atau Khamis minggu depan di hadapan bangunan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Beliau turut memberitahu akan memaklumkan mengenai demonstrasi itu kepada pihak polis.
HARAPAN ikut jejak langkah BN
Shamsubahrin berkata HARAPAN mengikut jejak langkah BN apabila lebih berminat mempromosikan perkhidmatan e-hailing berbanding menjaga kebajikan pemandu teksi.
"Tak ada bezanya antara Nancy Shukri (bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri) dengan yang ada hari ini.
"(Dulu) Nancy mempromosikan Uber, kami membangkangnya. Sekarang, kerajaan baru pula sedang promosikan Grab. Apa ini?" soalnya.
Beliau turut mengatakan telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan HARAPAN termasuk parti komponennya kecuali Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
"Hari ini, pemandu teksi Melayu Muslim hanya boleh menyandarkan harapan kepada BERSATU.
"Harapan terakhir kami ialah BERSATU. Kami minta BERSATU sedar akan isu ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena