Sunday 7 October 2018

[Video Anwar menari lagi...] Kenapa Pas bermati-matian cari jalan supaya Anwar tak layak bertanding? Sukar cekup Jho Low kerana 'musuh dalam selimut' - Daim.

Isnin, 8 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
BUKANKAH hari tu PAS kata PAS bertanding bukan untuk nak menang semata2 tapi nak cari redha Allah..

Malah katanya 'hilang deposit' hampir RM1.5 juta pada PRU14 itu bukanlah membazir walaupun yakin tak akan menang..

KENAPA.. skrg bermati-matian cari jalan dan helah supaya Anwar tak layak bertanding agar PAS akan diisytiharkan pemenang dlm PRK Port Dickson nanti ?!

KENAPA.. PAS & UMNO takut sgt jika Anwar menang kali ini, seterusnya bakal jadi PM kelak ??!

Sama-sama kita nantikan keputusan mahkamah kelak...

Sukar cekup Jho Low kerana 'musuh dalam selimut - Daim

Bekas pengerusi Majlis Penasihat Negara (CEP), Tun Daim Zainuddin sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa ahli perniagaan kontroversi yang menjadi buruan, Jho Low cuba berundingan dengannya.
"Saya tidak tahu peranannya. Saya kata mengapa tidak kamu kembali dan berbincang dengan saya terlebih dahulu.
"Dengan aset itu, beliau kata dirinya boleh bantu kita dapatkan semula aset dan beri kita satu atau dua nama (orang yang terlibat). Saya kata (minta) mereka datang jumpa (dengan) saya," katanya.
Daim turut mendedahkan bahawa permohonan Low untuk mendapatkan imuniti sebagai pertukaran mengesan aset yang dikaitkan dengan 1MDB juga ditolak.
"Saya beritahu dia 'tidak boleh'. Kalau mahu bantu, lebih baik pulang terlebih dahulu supaya kita boleh berbincang.
"Dia dakwa dia tidak bersalah, jadi jika kamu tidak bersalah, kamu pulang sini. Mengapa kamu lari? " kata bekas menteri kewangan itu kepada Channel News Asia.
Mengenai keupayaan Low terus mengelak dirinya daripada pihak berkuasa Malaysia, Daim mendakwa ini masalah itu timbul akibat ‘musuh dalam selimut’ di kalangan penjawat awam serta agensi penguatkuasaan, yang masih menyalurkan maklumat kepada ahli-ahli kerajaan terdahulu.
Sebagai contoh, kata Daim, pada Julai lalu, dia dimaklumkan bahawa Low dan keluarganya berada di sebuah hotel di luar negara, tetapi ahli perniagaan yang menjadi buruan itu berjaya lesap dalam masa sejam.
"Orangnya ada di mana-mana - menggunakan wang pembayar cukai. Dia mampu mendapatkan khidmat peguam terbaik.
"Saya diberitahu dia membelanjakan lebih AS$40 juta untuk yuran guaman sahaja," katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena