Thursday 11 October 2018

[Video Awak pergi Pasir Mas, sebut nama Ibrahim Ali ada orang menangis] Ish orang tua ni makan apa ni? Bila PU Syed menularkan videonya 'Statement SESAT atau fitnah'? Rozman (MP Labuan) jelas tidak takut atau gentar kepada Presiden Umno & Akan ada ramai lagi selepas ini, nantikan!

Khamis, 11 Oktober 2018

'Ish orang tua ni makan apa', Mat Sabu cerita mengenai Dr M

Foto Otai BERSIH.
Beza Islam sebenar dan bila Islam menjadi bahan untuk berpolitik...!!
'Statement SESAT atau fitnah'?

ANCAMAN ZAHID HAMIDI TERBUKTI TIDAK MEMBERI KESAN

Seorang lagi Ahli Parlimen UMNO, Rozman Isli dari Labuan secara rasmi mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai Parti Warisan bermula hari ini.

Katanya, keputusan ini demi untuk memupuk hubungan yang lebih baik dengan kerajaan negeri Sabah yang diterajui Warisan bagi kepentingan pembangunan untuk rakyat dan Wilayah Persekutuan Labuan seluruhnya.

Difahamkan bukan saja Rozman yang keluar UMNO tetapi juga diikuti oleh sebahagian besar pimpinan UMNO di bahagian tersebut.

Dengan keluarnya Rozman meninggalkan UMNO, bermakna sudah enam Ahli Parlimen parti yang sudah kehilangan kuasa itu berbuat demikian.
Ahli Parlimen yang keluar UMNO sebelum ini ialah Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Dr. Nor Azmi Ghazali (Bagan Serai), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), Mustapa Mohamed (Jeli) dan Anifah Aman (Kimanis).

Keputusan Mustapa dan Anifah meninggalkan UMNO dianggap paling mengejutkan kerana kedua-duanya sebelum ini adalah bekas menteri.

Apa yang menarik tentang tindakan Rozman keluar UMNO ialah ia berlaku setelah Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini memberi amaran mahu menyaman mana-mana Ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO.

Kata Zahid Hamidi, tindakan menyeret ke mahkamah itu diambil kerana mereka bertanding dalam pilihanraya lalu adalah atas tiket dan perbelanjaan parti, maka tindakan mahkamah yang diambil adalah bertujuan agar mereka mengosongkan kerusi yang dimenangi itu bagi membolehkan rakyat membuat pilihan semula.

Meskipun demikian, amaran Zahid Hamidi itu mendapat reaksi yang berbelah bagi daripada pimpinan UMNO sendiri.

Mereka yang bersetuju menyifatkannya sebagai keputusan yang wajar, manakala yang lain melihatnya sebagai sia-sia kerana tiada larangan khusus dari segi undang-undang untuk sesiapa melompat parti serta tidak ada perjanjian bertulis ditandatangani oleh mana-mana Ahli Parlimen dengan UMNO atau BN yang mengatakan mereka akan kekal bersama parti itu buat selama-lamanya.

Dalam hal ini, Rozman jelas tidak takut atau gentar, malah seperti mencabar UMNO dan BN serta Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Apakah dengan keberanian Rozman ini, lebih ramai lagi Ahli Parlimen yang lain akan mengikut jejak langkahnya keluar meninggalkan UMNO selepas ini? (ShahbudinHusin 11/10/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena