Sunday, 14 October 2018

[Video Inilah RAHSIA Anwar Menang Dengan Majority Yang Besar "Ojo mblayu 'lari' wong Port Dickson"] Anwar angkat sumpah Isnin ini & Berbaloi, Anwar kutip sampah di Port Dickson.

Ahad, 14 Oktober 2018
Image result for Gambar Anwar kutip sampah di {port Dickson
Anwar kutip sampah di Port Dickson
Anggota Parlimen Port Dickson yang baru dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kemenangannya di Port Dickson.
Image result for Gambar Anwar kutip sampah di {port Dickson

Anwar angkat sumpah Isnin ini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini, akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Isnin ini yang juga hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 bersidang.
Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, kepada wartawan NSTP menerusi WhatsApp, malam ini.
Keputusan rasmi PRK itu menunjukkan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 31,016 undi diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, mendapat 7,456 undi.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 4,230 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi.
Anwar, 71, layak bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas.
PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi itu pada 12 September lalu bagi membolehkan Anwar kembali ke Dewan Rakyat.
Ia adalah sebahagian daripada pelan PH bagi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Parlimen Port Dickson adalah PRK keempat diadakan dalam tempoh lima bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlangsung pada 9 Mei lalu.
Tiga PRK yang diadakan sebelum ini adalah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu disusuli PRK DUN Seri Setia dan DUN Balakong pada 8 September lalu.
Semua PRK dimenangi calon daripada PH.
BH Online.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena