Tuesday 1 December 2015

MINTA MAAF AZMIN!..."Akan datang undi kami 'pasti' bukan untuk kamu dan kuncu-kuncu kamu".

Selasa, 2 Disember 2015

Maaf sekali lagi.. Akan datang undi kami belum pasti untuk PKR tapi yang 'pasti' bukan untuk Azmin Ali dan kuncu-kuncunya.

MINTA MAAF UNTUK AZMIN ALI!!!

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/azmin-ali-PAS.jpg

Maaf Azmin Ali dan PKR. Pengundi bukan mengundi PR sebab sukakan parti dan calonnya. Tetapi sebab benci teramat kepada UMNO BN.

Maaf kepada Azmin Ali dan PKR. Kami akui pengorbanan Anwar sehingga terpenjara. Kami sempati. Tetapi Anwar juga bukan indikator penting untuk kami buat memilih PKR dalam pilihanraya.

Maaf Azmin Ali dan PKR. Anda nampak seronok bergantung kepada PAS. Tetapi kami sedar anda hanya pergunakan PAS. Perlu diingat (diantara) undi kami kepada PAS (dulu) bukanlah kerana keyakinan kepada dasar perjuangannya. Tetapi sebab tolak kami kepada UMNO BN. Bukan juga disebabkan lebih Islam dan Melayunya PAS. Tetapi tolak kami kepada politik perkauman.

Maaf Azmin Ali dan PKR. Undi kami kepada PKR bukan untuk mengaya dan menggula gulakan tokoh tokoh politik dengan jawatan di GLC, Institusi dan pelbagai lantikan politik. Sehingga semua boleh menjilat kamu.

Sehingga kekayaan harta zakat yang boleh dialihkan ke bahagian bahagian di negeri luar Selangor. Undi kami adalah untuk melihat lahirnya negeri yang berintegriti yang rakyatnya beroleh manfaat.

Maaf sekali lagi. Akan datang undi kami belum pasti untuk PKR. Tetapi yang 'pasti' undi kami tidak lagi untuk Azmin Ali dan kuncu-kuncunya.

Sekian.

Haji Azrin.
Ampang.

KedahLanie.

1 comments:

ikhlasabaredha said...

takpe,, pakcik buatle sorang2

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena