Friday 11 December 2015

[Video] LU..FIKIRLAH SENDIRI! Apa Macam? 'Kenapa tak bagi aku berucap *****betul', Bersatu Kita Bersatu.

Sabtu, 12 Disember 2015


TENGOK GAMBAR INI LU..FIKIRLAH SENDIRI !!!
Setiap kali menjelang Perhimpunan Agung UMNO, para pemimpin UMNO berebut-rebut menonjolkan diri supaya diri mereka dilihat sebagai hero. Macam-macam cara yang dilakukan, ada yang bercakap soal Melayu terancam, Islam bakal tergugat, berkaitan kepimpinan, masalah dalam parti, isu dalam kerajaan dan pelbagai lagi.
Perkara yang sama sedang diulang-tayang sekali lagi untuk tontotan seluruh umat Melayu negara ini.
Di mana-mana sekarang ini, asal saja ada peluang, masing-masing cuba menonjolkan kehebatan, keberanian dan kerelevanan mereka sebagai pemimpin dengan menyentuh pelbagai isu untuk menarik perhatian ramai.
Itulah UMNO sebenarnya. Sebelum perhimpunan dan ketika perhimpunan, merekalah perjuang paling hebat di sekalian alam jagat raya ini. Tiadalah yang lebih hebat daripada mereka dalam soal menjaga alam, bumi, Melayu dan Islam di dunia ini, tetapi selepas perhimpunan berakhir, bak kata pelawak Nabil...lu fikirlah sendiri!!.
Apa Macam ?

'Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul'

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui “kemarahan membara” Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas disekat sepenuhnya daripada berucap dalam perhimpunan agung Umno.
Bagaimanapun, kata naib presiden Umno itu, perasaan itu telah pun reda.
“Keputusan semalam mungkin akan mencuit perasaan dan emosi pemimpin berkenaan tetapi hari ini saya tengok kemarahan yang membara malam semalam dah diredakan,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian dalam rakaman video yang dimuat naik ke saluran YouTube peribadinya semalam yang berjudul “Respons berkenaan berita Suara TV - Tidak boleh berucap, Muhyiddin mengamuk selepas Msyt MT”
Suara TV melaporkan Muhyiddin marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2015.
Memetik sumber, SuaraTV melaporkan, sejurus selepas mesyuarat khas pada Selasa Muhyiddin dikatakan menarik Hishamuddin ke tepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hati.
“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul,” Muhyididn dilaporkan menjerit kepada Hishamuddin sebelum beredar.
Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya, jeritan Muhyiddin itu dikatanya didengari beberapa MT lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena