Tuesday 2 February 2016

PKR Sokong Mukhriz & 2 lagi Adun Umno buat “pusingan U” sokong Mukhriz pulak...

Selasa, 2 Februari 2016




Yang dalam penjara Sungai Buloh tu mangsa politik sapa?

MASIHKAH ANDA INGAT !!!..

"Berharap Tun Dr Mahathir agar umurnya cukup panjang sempat untuk melihat kerosakan yang pernah dilakukannya.." - Al Marhum Ustaz Fadzil Noor.

Allah SWT Maha Mengetahui & Maha Berkuasa segala2nya..

PKR Sokong Mukhriz Sebagai MB Kedah


PKR hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan menyatakan tiada keperluan untuk menukar kepimpinan sedia ada, kata Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah berkata, parti itu menghormati proses perlembagaan dalam menentukan calon menteri besar yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan undangan negeri.

Bagaimanapun, katanya, sebarang keputusan untuk mengeluarkan penyandang jawatan menteri besar bagi mana-mana negeri mestilah mempunyai alasan munasabah.

"Dalam kes negeri kedah tidak ada sebarang alasan munasabah yang dikemukakan untuk menyingkirkan Datuk Mukhriz selaku menteri besar selain daripada politik persaingan dalaman Umno.

"Atas alasan tersebut, pada pandangan kami, kami akan terus menyokong pentadbiran sedia ada," katanya pada kenyataan media.

Kemelut politik melanda Kedah semakin panas dengan usaha menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar oleh sebahagian besar pemimpin dan ADUN Umno diketuai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Semalam, 20 ADUN BN telahpun menghadap Anggota Jemaah Pemangku Sultan berkaitan kedudukan Mukhriz. Manakala hari ini giliran 15 ADUN pembangkang dipanggil bagi tujuan sama.

BLM.


2 lagi Adun Umno sokong Mukhriz, Adun pembangkang kini penentu, kata sumber

OLEH MD IZWAN
Tindakan 2 Ahli Dewan Undangan (Adun) Umno membuat “pusingan U” menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sebagai punca Jemaah Diraja Kedah tidak mengumumkan nama menteri besar baharu semalam, kata sumber.

Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insider, 2 Adun itu memberitahu Istana Kedah mereka masih mahu Mukhriz kekal sebagai menteri besar semasa perjumpaan tertutup di Wisma Darul Aman semalam.
"Dua Adun bertindak membuat ‘pusingan U’ apabila menyatakan sokongan kepada Mukhriz," kata sumber yang turut hadir dalam pertemuan dengan Istana Kedah semalam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pihak Istana selepas selesai pertemuan dengan 21 Adun Barisan Nasional (BN) semalam, bagaimanapun nama 2 Adun tersebut tidak didedahkan, kata sumber.

"Jemaah memaklumkan terdapat 2 Adun yang menyokong Mukhriz selepas ditolak Adun Jitra, Aminuddin (Datuk Aminuddin Omar)," kata sumber.

Dua Adun itu, termasuk Aminuddin dan Mukhriz sendiri menyebabkan kumpulan penentang hanya tinggal 17 daripada 21 Adun keseluruhan BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Jika 4 Adun termasuk Mukhriz dicampur dengan 15 Adun pembangkang, bermakna menteri besar masih Kedah itu masih memiliki sokongan dalam DUN dengan majoriti mudah 19 kerusi.

Pembangkang memiliki 15 kerusi dalam DUN, dengan PAS memiliki 8 kerusi, 4 PKR, 2 DAP dan 1 Parti Amanah Negara (Amanah).

Sumber memberitahu walaupun dengan kedudukan itu, mereka masih yakin dapat menukar Mukhriz atas alasan terdapat Adun PAS yang tidak menyokong pentadbiran anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"Kami yakin mendapat beberapa sokongan daripada wakil rakyat PAS yang tidak menyokong Mukhriz.

"Tunggu sahaja esok (hari ini) keputusan yang bakal dibuat jemaah," katanya.

Semalam, Jemaah Diraja Kedah memutuskan memanggil semua Adun pembangkang untuk menghadap mereka di Wisma Darul Aman hari ini.

Sebelum itu, spekulasi meluas mengatakan Mukhriz akan digantikan memandangkan Najib mengatakan sudah mendapat perkenan Istana Kedah untuk melantik menteri besar baharu.

Umno Kedah mahu Mukhriz, yang juga pengerusi badan perhubungan negeri itu disingkirkan sebagai menteri besar.

Sebelum ini, daripada 21 wakil rakyat BN, 19 dilaporkan menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyingkirkan Mukhriz daripada jawatan menteri besar Kedah.


Hanya Mukhriz dan Aminuddin tidak menandatangani SD itu. – 2 Februari, 2016.
KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena